Berkumpul beramai-ramai

Hari minggu ni, adik ipar aku dari shah alam datang tidur di sini, ramai dan meriahlah dengan gelagat adam dan izzmi tue, aku pernah tulis entry tentang adam ni, seorang anak istimewa coz ayah dan mak dia tak boleh bercakap dan mendengar, tapi adam dah pandai sebut satu dua patah perkataan, keretapi, lori, bas he..he…biras aku bagitau ma dia datang dari kampung duduk seminggu semata2 nak ajar cucu bercakap.
Memang ramailah, coz mertua dan maid dia ada bersama, di tambah dengan adik ipar aku tue 3 beranak,
aku tunjuk skill memasak untuk jamu dia orang.
DSC01447

Cite pagi jumaat

Mc aku hari ni, semalam badan izzmi panas, demam patutlah kat rumah baby sitter mak dia cakap, izzmi angin tak elok hari ni, asyik nangis nak mama, nak mama..!!!!

Maka dengan hati yang tak senang aku terpaksa ambil mc…pagi tadi, walaupun dedar badan dia, tapi tetap aktif macam biasa……

tak ada apa nak buat, aku lipat kain yang menimbun2 tue, izzmi main sorang2,

izzmi:  mama ukak pintu, nak sidai kain

aku: kejap lagi sidai, kain belum siap mesin lagi.

izzmi:  Mama bukak lah pintu,

bosan punya pasal, aku pun bukak pintu dan grill, rupanya dia nampak anak kucing kat luar sedang tidur, suruh aku sidai kain sebagai alasan untuk dia keluar…

izzmi:   mama sian cat atii (mati)

aku:   cat tu tak mati, dia ngantuk jangan kacau dia tido

izzmi peduli apa, dia tetap kacau anak kucing tue, dia masuk rumah

izzmi: mama cat apar (lapar) cat nak mamam..

aku bagi keropok kat izzmi dia pun cepat2 pergi bagi kat anak kucing, last2 anak kucing tue tak nak makan dah, apa taknya, nak makan pun tak senang, izzmi asyik lepuk dengan penyapu

izzmi: mama cat tak nak mam

aku: biarlah dia tak nak mam, tuu…ada cat besar, mama dia lah tue…panggil mama dia suruh makan

izzmi:  mama dier…mama dier…meh akan (makan)

aku:  tergelak….bukan panggil macam tue lah, mama cat…

izzmi:  mama cat, mama cat sinii…makan!!!!

aku: !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! sejak izzmi genap 2 tahun dia dah pandai bercakap, petah sekali, hurrmmm ikut baby sitter dia lah yang over peramah tue…

Trip ke Lumut Perak

Tak plan pun nak pergi bercuti, tapi kerana terpengaruh dengan my sis untuk bercuti di Marina Cove, aku pun pergi lah menyahut seruan cuti2 malaysia tue, kakak aku lah..dia kata kat situ murah, ada theme park, facing laut menghadap Pulau Pangkor, bfast percuma sesuailah untuk orang yang anak ramai nak pergi bercuti, hujung bulan he..he..,

Pukul 1o pagi gerak, sampai Lumut pukul 1.30 petang, ramainya manusia bercuti, terpaksa tunggu pukul 2.30 sebab bilik belum sedia lagi, aku ajak my hubby pergi lunch, puas cari kedai makan, tapi malangnya tutup pulak, maybe ramai orang buat kenduri kawin kot, jumpa satu kedai lauk pauk dah habis, cari punya cari jumpa satu kedai Sri Kelate, oleh kerana my hubby orang kelantan, pergi makan situ, tak ada lauk pun. MInta nasi goreng, tapi nasi goreng macam nasi gaul jer tak sedap lansung. Balik hotel, rehat dalam bilik. Anak2 mandi kolam termasuk izzmi. Malam ronda2 cari ikan bakar salah kedai, bukan ikan bakar tapi kedai masakan panas. Kat KL pun bersepah kedai macam tue, mahal pulak tue rm70++ untuk 5 orang makan.

View dari balkoni apartment, taman tema air kat bawah, dan yang sayup2 tue pulau pangkor

View dari balkoni apartment, taman tema air kat bawah, dan yang sayup2 tue pulau pangkor

view2

Hari ke 2 berjalan2 kat pekan lumut cari ikan bilis dan ikan kering yang fresh2 kat situ.then petang bawak anak2 mandi kat taman tema air, murah jer rm5 sorang sebab tetamu hotel dapat murah.

Pekan Lumut boleh tahan cantik, izzmi kat jeti pulau pangkor

Pekan Lumut boleh tahan cantik, izzmi kat jeti pulau pangkor

view 4

mandi kat taman tema air

mandi kat taman tema air

anak2 bersukaria main air

anak2 bersukaria main air

Lepas berendam dan main2 air, sampai kecut badan, kul 7 .00 malam, balik bilik mandi solat then pergi makan ikan bakar berhampiran , jalan kaki jer, memang sedap lah makan ikan bakar disitu, dah lama tak makan ikan bakar cicah air asam, memang sedap betul, ok tak mahal sangat tak sampai pun 70 hinggitt.

Then hari ke 3, tak buat apa budak2 mandi kolam, aku kemas2 barang nak balik, kul 12,30 check out, pergi pekan lumut lagi untuk cari makanan laut kering…he..he.. terbang lagi duit aku dekat 200 hinggit

Sampai KL pukul 6.30 petang, then pukul 11 malam baru sedar satu beg telah tertinggal di bilik hotel, aiyaaa…punya ramai orang, tapi semua tak leh harap, dah tertinggal beg, walau pun dalam tue cuma ada pakaian kotor tapi ada baju mahal aku kat situ uwaaa,,..