Aci -aci buka pintu Nana balik pukul 1

Izzmi kat playground one utama..

bukak lah...ni izzmi ni..

bukak lah...ni izzmi ni..

Aci buka pintu nana izzmi dah balik

Aci buka pintu nana izzmi dah balik

Cakkk!!!! Ini tingkaplah dik bukan pintu

Cakkk!!!! Ini tingkaplah dik bukan pintu

Advertisements

Hari lepak2 sedunia

Hari ni aku cuti, terpaksa cuti sebenarnya sebab babysitter izzmi ada hal, kali ni giliran aku lah pulak kena cuti, hari tue abah dia dah cuti…, walaupun lepak dalam kepala otak serabut ingat kerja yang belum selesai, aisgnment belum done lagi..adehlah..in progress!!! Ntah bila nak siap!

Minggu lepas, sibuk buat open house, malangnya tak ada satu gambar pun, sebab terlampau sibuk layan tetamu tak sempat nak snap, kalau tidak boleh post dalam blog izzmi, alhamdulilah! tercapai hajat aku nak menjamu orang, ini semua sebagai tanda kesyukuran atas kurniaan rahmat tuhan, memurahkan rezeki aku sepanjang tahun ni, sepatutnya buat kenduri kesyukuran, tapi memandangkan dalam bulan raya buat open house ajer lah…tapi agak ralat sebab ada 2,3 member baik tak dapat datang. Walaupun penat tapi puas hati…tahun depan tak tahu lah macamana..tapi insyaallah kalau ada rezeki buat lagi he..he..

Anak Tesco

Kenapa izzmi ni kita orang panggil anak Tesco, asal nampak tesco jer mesti nak pergi, dia dah tau landmark Tesco tue..apa taknya dari dia kecik baby lagi aku selalu bawak dia ke tesco, kebetulan tesco dekat dengan sekolah aku, rumah baby sitter pun area tue juga, balik sekolah ambik adik..singgah tesco, kadang2 babysitter dia pun bawak pergi tesco juga…itu yang sekarang ni suka sangat pergi Tesco, kalau tak singgah menangis dia..geleng kepala suami aku he..he……

Duduk dalam troli

Duduk dalam troli

 

marah mama tangkap gambar izzmi yer

marah mama tangkap gambar izzmi yer

Mainan adik Thomas n Friend

Ni mainan adik abah beli…, abah beli kat Parkson Sg. Wang.., keretapi ni boleh jalan guna bateri ‘Here we go!! Tut..tut..tut….setiap kali izzmi tekan button keretapi bunyi macam tue..

Kadang2 izzmi boring keretapi ni jalan lambat sangat, izzmi tolak bagi laju sikit, tapi kenapa keretapi ni izzmi  tak boleh naik…kecik sangat lah, nanti izzmi nak suruh abah beli yang besar izzmi nak naik pergi rumah mak..

Hari tue pergi Alamanda Putra Jaya izzmi nampak keretapi mainan adik..tapi yang ini besar, izzmi boleh naik, masuk duit syiling RM1 keretapi ni pun bergerak2, izzmi menangis bila abah dan mama ajak balik, izzmi nak naik lagi, tapi abah cakap..orang lain pun nak naik juga…tak pa lah lain kali adik naik lagi yerrr….

Borak – borak kosong

Semalam husband aku tegur kenapa entry adik pasal hari raya simple sangat, tak ada cerita pun, letak gambar jer…emmm aku bz sebenarnya…sibuk cari bahan untuk asignment..stress kalau ingat asignm yang satu pun belum aku sentuh..adehlah…ni merupakan final year aku, tahun depan insyallah aku akan grad.

Memang raya hari raya tue best, boleh dikatakan meriah, cuma tak berjalan raya sangat, kawan2 aku semua balik umah in law dia orang, tak dapat jumpa, sempat pergi rumah zalina jer itupun omar tak ada katanya pergi tengok lembu he..he.. orang kaya lembu katakan!!!!!! Yang beraya sakan alia dan alissa lah mengatur rumah one bye one…hemm peneroka felda sekarang kaya2..duit raya minima RM 1 dah setiap rumah, itu yang alia dan alissa dapat duit raya RM300,   Izzmi ikut mama dan abah beraya dekat2 situ jer..oleh kerana dia lah satu2nya budak kecik yang lain semua orang tua, izzmi dapatlah duit raya rm5, Rm3, bila cite kat kakak2nya benganglah dia orang….apasal kita orang dapat singgit jer raya umah tue??? Tak aci betul!!!

Raya ke 2, lepas asar kita orang bertolak balik ke pasir mas, beraya kat sana pulak, perjalanan kira lancar belum jem, kereta pun tak banyak on the road, dalam kul 12 malam sampai pasir mas.., letih nak tido tapi izzmi segar bugar…nak main pulak dah, maklum lah dalam kereta dia dah puas tidur. terpaksa layan dia sekejap. Adam, aidil dan hakimi dah ada kat rumah nenek.

Keesokkanya. bangun tido pagi2 dah rasa lapar, melilau2 pusing cari breakfast, tak banyak lagi orang berniaga maklumlah raya, kalau buat bisnes jual nasi lemak mesti laku ni..dapat top up duit raya…itu angan2 aku dan azwan lah he..he..nak berniaga nasi lemak. Tengahari keluar beraya rumah saudara mara suami aku, pergi pasir putih, pergi Tok bali beli ketam dan sotong, balik ikut Bachok..tensen duduk dalam keta, jem lah pulak, izzmi dah meragam dalam keta, aku pun hilang mood. Maghrib baru sampai pasir mas.

plan awal nak balik ahad petang ke KL, tapi terpaksa ubah coz hari Isnin aku dah sekolah, ingat ke cuti Isnin, tapi bila yati bagitau Isnin sekolah hemmm terpaksalah kita orang balik malam ahad, dah dekat cite2 orang, jalan utama ke KL jem giler..my hubby ajak balik ikut Grik, ipar aku nak balik Kuala Krai dari Kul 3 petang, dekat2 kul 8 malam baru sampai, tak nak cari penyakit, malam tu pukul 11 mlm, kita orang gerak balik KL ikut Grik…oklah keta tak banyak sangat, cuma aku seram betul kat jalan Grik tue, dikelilingi hutan, hujan pulak, ada certain2 tempat kabus tebal, yang tak tahan bila my hubby kata kalau nampak apa2 jangan tegur…., aku mulalah suspen rasa nak pejam mata jer, tak nak bagi ternampak yang pelik2, alhamdulilah mujur tak ada benda pelik2. Jalan tak lah sunyi sangat ada juga bas dan kereta2, orang naik moto pun ada berani betulll!!! Tak takut pontianak bertenggek kat belakang ke? Terkejut aku bila masuk highway tengok kereta banyak…ramai orang ambik alternatif balik tengah2 malam untuk avoid jem…. Kita orang sampai Pandan Indah dalam pukul 6.30 pagi.Kesian kat my hubby letih drive tapi dia lepas tue dia qada tidur sampai petang.

Izzmi sambut raya 2

Ni ragam izzmi sambut raya kat rumah nenek di Pasir Mas Kelantan, beli baju raya 6 pasang tapi baru sempat pakai 3 pasang jer..baju mama beli pun adik belum pakai lagi…

Mengemas rumah nenek pulak

Mengemas rumah nenek pulak

Sempat lagi nak main bola

Sempat lagi nak main bola

Abang kimi nak ajak posing tapi aidil dan izzmi sibuk dengan buah langsat

Abang kimi nak ajak posing tapi aidil dan izzmi sibuk dengan buah langsat

Adam buat muka pelik pandang kamera

Adam buat muka pelik pandang kamera