Main air kat taman desa………

Plan awal nak balik kampung, mak aku telefon suruh balik ambil air penerang hati untuk alia yang akan ambil UPSR tak lama lagi, tapi tak jadi balik, ada masalah berkaitan bibik mertua aku yang tak mau lagi keje, baru 5 bulan keje dah nak balik indon,  bila tak jadi balik kampung aku bercadang nak ke desa water park, pada mulanya dah ajak adik ipar dan biras aku di Shah Alam, masalah dia orang tak ada transport, suruh my hubby jemput di shah alam, susah jugakan..suruh dia orang datang ke rumah aku ni jer naik komuter then kita orang akan ke desa water park dengan 2 biji kereta, kereta aku dan kereta suami aku tapi dia orang kata naik komuter  orang ramai, susah tambah pulak ada anak kecik.  hemmmm biarlah..apa nak buat.

Then pagi ahad, aku dah rasa macam tak best nak pergi, kalau pergi ramai2 lagi best, lagi enjoy..tapi anak2 aku dah tarik muka 14..so nak tak nak..bersiap2 juga untuk pergi sana, bawak bekal meehon yang aku buat sarapan untuk pagi tadi..pukul 12 kita orang bergerak ke sana, tak sampai pun 10 minit dah sampai pun ke desa water park, bayaran masuk rm20 untuk dewasa dan rm16 untuk kanak2, izzmi free jer..ini kali ke dua dah kita orang datang ke sini, kali pertama masa izzmi tak ada lagi..

Wahh..izzmi sungguh teruja dengan air, walaupun time tu waktu tidor dia, tapi tak mengantuk lansung, aku dan anak2 aku sapu sun block kat muka takut hitam, walaupun sejak azali lagi dah hitam ha..ha…tapi tetap takut hitam..lainlah izzmi ngan ayah dia yang berkulit putih tue,

ok jom layan gambar masa di taman desa ..gambar aku tak ada sebab aku low profile lagipun aku takut hitam…

welcome to theme water park..

welcome to theme water park..

izzmi takut buaya

izzmi takut buaya

wah happy sakan..

wah happy sakan..

DESA4

Balik pukul 4 lebih, izzmi terus pengsan dalam keta tidur sampai pukul 7 malam, aku pulak kelaparan kerana makanan dalam tue tak sedap. mee hoon yang aku bawak telah di tahan oleh security kat pintu masak,  NO OUTSIDE FOOD, cehh..bawak meehon bodoh pun tak boleh ke?? my hubby kata sepatutnya meehon tue kena letak dalam beg pakaian, baru dia tak cekk, tengok kat dalam tue ramai pun orang bawak bekal, agaknya sembunyi kat dalam beg bajulah tue,anak aku alia alissa bengang sebab aku takut nak naik gelongsor air yang macam roller coaster tue, mati terkujat aku kat dalam tue kang, dahlah licin, bengkang bengkok panjang pulak tue…sorilah…itu bukan untuk fun lagi, untuk cari penyakit adalah..

Advertisements

Apa – apa ajer lah

Diam tak diam..dah setahun lebih dah izzmi…nak masuk 19 bulan, dah pandai macam2 dah, dah pandai cakap Jerman, becok mulut tapi satu apa pun tak faham apa yang dia bebel…harap2 jangan jadi kepoh sudahlah..lelaki tak elok banyak cakap tau dikk..

Dah lama tak update blog ..still not in mood, walaupun cuti sekolah tapi exam punya pasal membantutkan semua aktiviti2 yang aku rancang, nak kena study..leceh memang leceh..kadang2 rasa boring dan stress bawak juga  izzmi pergi playground kat pandan indah, main buai, jongkang jongket, izzmi  ni kalau pergi playground tak mau balik..paksa juga sumbat dalam kereta apa lagi..menangis lah.., pekak kan telinga jer lama2 diam lah dia,  itulah aktiviti yang selalu aku buat masa cuti ni, pergi tesco, pergi the store pergi playground..nak pergi jauh2…takut nak drive, takut sesat pun yer jugak…

Mama buai adik cepat...

Mama buai adik cepat...

 

 

 

Best naik ni mama..

Best naik ni mama..

 

Then hari raya aidiladha, balik kampung aku kat pahang, meriah jugalah sebab saudara mara ayah dari kedah datang beraya sama, tapi sepanjang hari raya tu hujan..so lepak2 kat rumah sambil makan2 dan mengemukkan badan, gambar2 masa raya ada lah juga, tapi malas aku nak upload kat sini, sebab gambar2 izzmi tue semuanya disamping mama dia yang cun ni, so tak bolehlah nak glamer, ini blog adik…mama tak nak enterframe…

Apa nak cite lagi..emmm! cukuplah yang ini dulu, lain kali sambung lagi, aku nak study, 16hb ada last paper..boring betul…study!!..study!!!