Pertunjukan Udara Sukhoi

Pagi2 lagi my hubby kejut suh bangun, katanya nak ke subang tengok pertunjukkan sukhoi, aku dengan mata yang masih mengantuk, bangun jugak, coz malam tadi aku tido lewat…bukan saja2 tapi mata aku tak mau lena, banyak sangat benda aku pikirkan, dalam dok mengeram atas tilam, masuk sms dari nor (kawan lama)  ‘akak kalau tak kemana2, datanglah umah nor hari ni, nor buat makan2 sikit’  hemmm…nor ni suaminya tudm gak…dia pun dok subang, aku malas nak pergi..coz nanti dia perasan gigi aku yang tak lawa ni, ha..ha…inferioty complexs betullah aku ni, kang…ada lagi yang kecik hati aku tak pi open house…husband aku ajak aku kerumah sedara mara dia pun aku tak nak, bukan setakat sedara mara dia..sedara mara aku sendiri pun aku tak nak..lambat lagi nak tunggu cuti deepavali, aku ada appointment dengan dentist,nak baiki gigi aku niii…tensen lah. nak senyum dan nak  bercakap pun  susah,

ok berbalik pada ajakan suami aku tadi, aku kejut anak2 ..bersiap2 then pergi breakfast dulu, terus menuju ke subang, jauh giler rasanya, keta pun banyak agaknya orang semua pakat2 keluar rumah pi open house. Oleh kerana jalan jem dengan keta yang banyak..sampai kat subang, kita orang nampak bersusun2 kereta kiri kanan, parking tepi jalan jer…hemmm..ni mesti dia orang tengok pertunjukkan dari sini jer, aku suruh husband aku cari parking, kita tengok dari tepi jalan ni jer lah..nampak clear jugak…

kagum…dan impressed aku tengok pilot2 tue mengemudikan sukhoi dengan pertunjukkan yang sangat2 menarik, lama jugak hampir 2 jam…dalam hati aku rasa bangga dengan kebolehan anak2 tempatan, bukan senang nak jadi pilot kan, otak kena genius baca bering, dan segala mak nenek yang berkaitan dengan fizik dan segalanya. aku tanya izzmi adik nak bawak aeroplane tak???? dia kata     ‘nakkk????   hemmm tapi mama nak adik jadi ustazlah…dapat doakan  mama nanti.

sukhoi- kuat bunyinya, izzmi sampai tutup telinga

sukhoi- kuat bunyinya, izzmi sampai tutup telinga

deretan kereta yang parking tepi jalan semata2 nak tengok sukhoi macam pestalah pulak

deretan kereta yang parking tepi jalan semata2 nak tengok sukhoi macam pestalah pulak

izzmi atas dukungan abah dia dan alissa

izzmi atas dukungan abah dia dan alissa

izzmi pun rasa kagum...

izzmi pun rasa kagum...

jurukamera amatur yang snap ni...

jurukamera amatur yang snap ni...

Dalam pukul 12.30 pertunjukkan tamat, puas hati dan happy aku walau terpaksa meredah jem untuk pulang, perut pun lapar, oleh kerana norhaidayati 2 kali sms aku..suruh datang umah dia (ada open house) aku pun satu family menuju ke rumahnya….dah siap makan nasi dagang terus balik rumah…rehat dan tido

 

p/s     aku tertanya2 sahabat aku yang sorang tue masih marah dengan aku lagi ke?   aku harap dia tak marah2 lagi dah…kalau masih marah aku minta maaf, salah aku jugak.