Kesian adik…

Semalam habis exam paper IT Project Management yang ntah apa2 tue..aku dan suami terus balik, perut lapar maklumlah sarapan biskut jer ..ambik izzmi dulu then baru nak pergi makan kat Kluang Station, Aku cakap kat hubby…adik mesti tidur ni, waktu2 macam ni adik tidur,…masuk jer area kampung pandan tue sebaik saja parking keta depan umah tue..nampak izzmi sorang2 main kat depan grill…., aku intai2 nampak anak dia dok baring depan TV, nampak kaki jer, akak tue tak nampak bayang pun..aku bagi salam baru akak tue keluar bawak kain…agaknya dalam bilik kot duk kemas2 kain, izzmi nampak aku dan abah dia terus berdiri nak suruh ambik dia…., akak tue kata ..laaa..kata tadi pukul 12 baru habis, baru sekejap tadi suruh along keluar beli bubur nasi untuk izzmi…, aku kata….tak pa lah kak, cepat keluar tadi, cepatlah balik.., izzmi belum menyusu lagi…akak tue kata, saja akak tak bagi dia susu sebab nak bagi makan nasi kejap lagi….Suka lah izzmi mama dia jemput awal semalam. Bawak adik pergi Tesco makan kat Kluang Station, aku makan mee siam,roti bakar untuk izzmi, dan my hubby makan popia…, pelik sikit popia tue..cicah dengan sambal kicap he..he…,

Semalam Sepanjang hari , aku rasa cuak dan terkilan dalam hati, rasa kesian kat izzmi bila ambil dia kat umah babysitter dok main sorang2 kat pintu, dok pikir…adakah setiap hari macam tue…atau semalam secara kebetulan aku datang ambik, akak tue bz mengemas.., kenapa biarkan izzmi sorang2 …tapi bila pikir2 kita pun ada masa dan ketika..tak dapat juga nak tengok atau berada dekat anak sepanjang masa, aku pun ada masa nak kena masak atau mengemas ada juga tinggalkan izzmi sorang2, cuma rumah aku tue ada tangga, tak boleh nak tinggal izzmi lama2..nanti hilang pergi panjat tangga. Lumrahlah seorang ibu nak yang terbaik untuk anak2…aku tak mau pikirkan sangat hal tue, sebab selama ni akak tue jaga elok jer tak ada apa problem, izzmi pun sentiasa hensem dan wangi…mungkin semalam dia tinggal sekejap kot..he..he.. kalau nak orang berkepit dengan anak kita sepanjang masa..ambik bibik lah.., orang lain pun ada kerja nak buat…betul tak????   (ni nak pujuk hati lah ni)…

Aku ni..susah sikit, aku rela bersusah2 kalau nak pergi mana2 pun, aku akan ambik izzmi dulu, aku rasa macam tak best jer..nak pergi shopping kat Tesco atau pergi Pasar Tani kalau tak bawak dia, biarlah berdukung sampai lenguh tangan pun, aku akan bawak dia, rasa macam tak adil jer aku pergi berjalan, izzmi tinggal umah pengasuh, pernah aku ambik cuti rehat kononnya untuk study, plan awal nak hantar izzmi rumah baby sitter, senang sikit aku nak study, tapi pikir2 kesian pulak kat adik, mesti dia nak duduk dengan mama dia…, dah mama cuti. Last2 aku boleh study masa izzmi tidur jer lah..study sambil ayun buai, then penyudahnya exam semalam kantoiiii……………..!!!!!!!!

Minggu yang bz

Aku bz sikit minggu ni, tak berapa sempat nak update blog izzmi nih, hari sabtu baru ni dah sekolah ganti raya, aku pulak kena jadi guru pengiring budak pra ke karnival pra sekolah kat SK Sri Bintang Selatan, Cantik sekolah tue dan besar lagi, memang padan pun dengan status sekolah Bestari, sekolah Elit..walaupun aku kagum dengan sekolah tue tapi..aku rasa buat masa sekarang aku tak layak untuk mengajar sekolah tue, Komitment kena 200%, ini balik pukul 2.00 ptg pun dah merungut, hari sabtu kena datang sekolah untuk aktiviti pun dah culas…apatah lagi dengan sekolah Elit macam tue, lagilah banyak program dan aktiviti…, tapi …walaupun sekolah aku antara sekolah terpinggir tapi untuk karnival pra sekolah tue..dapat jugak naib johan…he..he…

Malam tue…suami aku buat suprise ajak pergi kelang, nak cari medan ikan bakar, akulah selalu sebut nak makan ikan bakar, tapi tak jumpa pun medan ikar bakar, makan kat kedai biasa jer he…he… punyalah jauh ke kelang nun…sampai rumah lapar semula, aku sms coursemate aku yang rumah mak dia kat kelang, tanya kat mana nak makan ikan bakar, dia reply….”kat muara, kat tanjung gile!!!”    Aku pulak…uikk Tanjung Gile…???? Biar betuiii!!!!  Dia kata memang nama tempat tanjung giler kat signboard ada tulis..he.he…oleh kerana izzmi dah meragam dek  keboringan dalam kereta terlalu lama, so kita orang cari mana2 restoren masakan panas, makan jer kat situ.

Then semalam hari minggu, aku study sekejap sebab hari selasa aku ada exam, petang ajak my hubby pergi shopping kat Jusco Cheras Selatan (Balakong), izzmi meragam jugak tak leh nak shopping lama,sebab dia dah mengantuk aku cuma beli blouse jerlah,…adik!!..adikk.!!…on the way back tak ada pulak meragam..gelak2 dalam keta, dengki kat mama lah tue tak bagi shopping.Malam pukul 9 baru tidur kat Jusco  beria2 meragam ngantuk.

Dapat tahu, sepupu izzmi, adam dah leh jalan, belum setahun pun, aku cakap kat my hubby, adam dah boleh jalan pun, izzmi dah 14 bulan belum jalan lagi, ramai orang tanya dan cakap aikk dah setahun lebih belum boleh jalan kaki ke?? Emmm… my hubby cakap…tak pa lah izzmi lambat pun, bayangkan kalau izzmi dah boleh berjalan, tak larat nak kepung, sedangkan belum berjalan lagi, lasak bukan main, aktif sangat, kalau dah dapat kaki..tak taulah macamana, semalam izzmi dah pecahkan pasu bunga aku…adikk niii!!!! Betulll jugak kat suami aku.., aku juga yang penat dan merungut nanti, sekarang pun aku selalu geram dan penat nak jaga izzmi ni sebab buas sakat…pipi pun lebam dah sebelah ..jatuh dari kereta mainan dia.

Tak pa lah, janji anak mama sihat dan aktif, mulut pun makin riuh, gigi pun dah penuh, pipi dah tembam sikit pada dulu..oklah aku nak study esok ada exam ..entahler leh jawab ke tak..!!!!

Ha..buat apa tu??

Adik nii…buat apa tue, seluk tupperware, makan keropok yer, tamaknya! dah ambik 2, nak ambik lagi, keropok adalah salah satu favourite izzmi (orang kelate lah katakan) ..keropok keping, keropok lekor memang dia suka, kalau pergi pasar malam atau pasar tani, beli keropok lekor bagi dia gigit, sure dia diam atas dukungan sambil menikmati keropok lekor dia tue, he..he…maka mama dan abah dapat membeli belah dengan tenang, jika tak dia duduk tak diam, asyik nak terjun jer.

Lepak – lepak

Hari minggu aku tak pergi mana pun, cuma rehat2 kat rumah 4 beranak…, hari Sabtu petang ambik alia kat sekolah, ada perkehmahan unit beruniform, sepanjang alia tak ada, tinggal aku, alissa, dan izzmi jer lah, alissa kena jaga adik, aku nak buat kerja2 rumah penat juga alissa nak jaga izzmi, ada masa, agaknya dah penat sangat, di biar jer izzmi, izzmi pun asyik datang kat aku kacau aku masak…bergayut kat kaki, suruh dukung, adehlah..tensen aku, aku pun jerit….alissa!!!!!! ambik adikkk niiii…………, meraung lah izzmi bila alissa angkat dia bawak pergi depan,  dengar alissa cakap kat izzmi, adik ni cuba fikir sikit, kakak penat tau jaga izzmi pergi sana, pergi sini, naik tangga, cuba tukar adik jadi kakak pulak, kakak jadi adik..mesti adik penat nak jaga kakak…cuba fikir sikit….!!!!!    Aku kat dapur dengar nak tergelak, macamlah adik dia faham cakap dia..he..he…. mujurlah petang sabtu alia dah balik, tak lah haru biru sangat hidup aku, izzmi dengan alia ok jer…, dengan alissa dia tak suka.

Ello!!! Ello!!! Mama!

Tengoklah izzmi dah serupa ahlong…, baju tak ada, nampak perut buncit, pegang handphone penuh gaya,Ello..ello!! mama pakaikan izzmi baju cepat, nampak peyut muncit nih!!!

Mama hairan dengan adik ni, baju sentiasa basah dengan air liur, suami aku selalu cakap suruh izzmi tutup paip dalam mulut dia..sebab air liur sentiasa meleleh sampai basah baju, ada yang kata aku dulu mengidam apa2 tapi tak dapat, rasanya semua aku dah makan, ada yang kata air liur meleleh murah rezeki, tadi masa aku beli magazine pa&ma kat kedai mamak, india tue cakap izzmi nanti suka cakap banyak sebab air liur banyak keluar….., tak tahulah mana satu yang betul, kita tengok jer lah dulu…Mudahan adik murah rezeki. Tapi yang mama risau adik dah 14 bulan tapi masih belum boleh jalan…tak pa lah adik janji adik sihat, tak dapat bayangkan kalau dia dah boleh jalan lagi lah aktif, dan buas..hurm…!

Abah izzmi balik kelate petang ni..balik sebab nenek ada hal..so tinggal kita ber4 jerlah dik..boleh ke mama nak jaga adik sorang nih!!! Kakak alia tak ada pergi camping.