Kalau yang buruk cepat sangat ikut

Pening kepala dengan karenah izzmi ni, sejak pandai bercakap, apa saja yang kita cakap dia ajuk dan ikut, tambah2 kalau yang buruk dan tak elok tue cepat sangat dia hafal, berapa kali dah aku pesan pada alia dan alissa cakap yang elik2 nanti adik ikut, bila tak makan saman juga aku warning alia dan alissa kalau adik sebut perkataan yang buruk tue siap korang…,

perkataan favourite izzmi, ialah  ‘hitam’    mentang2 dia putih kat semua orang dia kata hitam, yang selalu jadi mangsa kakak2 dia lah.., kalau dia marah dia akan sebut ‘kakak hitam…hitam…hitam…, kadang2 aku dan abahnya pun kena juga mama hitam, abah hitam, lebih krtikal lagi dia sebut  hitam ke####g   inilah masalahnya kalau ada yang besar, tunjuk contoh yang tak baik…geram jugak aku ni.. tapi izzmi ni tersangatlah cerdik bila kakak dia balas balik kata2 dia , adik yang hitam, izzmi akan jawab,   “tak…, izzmi omei (comel)” hairan betul aku, seolah2 dia tahu maksud perkataan tue waktu dan ketika yang macamana sesuai digunakan, kalau marah perkataan apa yang harus cakap, kalau waktu2 biasa perkataan apa..kadang2 tak sangka, kita taksusah2 nak ajar tapi oleh kerana dia selalu dengar dia akan ikut. Contoh, abah dia selalu speaking ngan izzmi ni, tak ajar pun tapi izzmi boleh ingat dan sebut,  finish, no more, take one, dan banyak lagilah . mulai sekarang kena hati2 bercakap dengan izzmi, cuma yang aku tak tahan, izzmi selalu pergi intai selak seluar kakak2nya  sambil tanya  ‘kakak yak (berak) takk???’  bukan kakak dia jer, aku dan abah dia, nenek dan tok ayah pun selalu dia kebek seluar atau kain orang tanya soalan tue. Ini mesti babysitter selalu buat dan tanya macam tue kat dia  he..he…

Btw kat bawah ni gambar aktiviti hujung minggu kita orang, tak buat apa2 jalan kat pasar malam jalan tar dan pergi alamanda putrajaya.

weekend

kat alamanda izzmi lepas bebas berlari2 kat hall tengah tue, sampai tak mau balik, puas pujuk

Mimosa pudica

Lokasi : Taman Permainan pandan indah

Kata anak aku alia

Alissa cuba ko tengok pokok mimosa pudica niii. cuba ko sentuh…

Alissa:  Mana… a’ahlah dia kuncup daun, kenapa daun ni macam ni bila kita sentuh????

Alia: protect itself from musuh atau bahaya..aku dah belajar kat sekolah, nanti ko darjah 5 ko belajar lah pasal pokok nii.

Alissa:  Best lah jom kita cari pokok ni lagiiii

So tiga  beradik alia dan alissa termasuk izzmi mencari2 pokok tue, izzmi tak yah sentuh, dia pijak terus,

Dalam hati aku…pokok menatang apa tue, tapi dalam hati dah rasa macam pokok semalu…uikkk tak sia2 jugak dia orang belajar sains dalam b.inggeris at least tahu juga nama saintifik pokok. Aku haram tak tahu nama pokok tue mimosa pudica..

Image1352

mimosa pudica atau semalu

tangkap gambar sendiri izzmi ni, macam ju onn lah pulak

tangkap gambar sendiri izzmi ni, macam ju onn lah pulak

Pesan my hubby

  • Jangan berhubungan dengannya lagi.
  • Jangan sesekali sms atau beremail, berchatting dengannya.
  • Jangan sesekali membaca mengambil tahu apa saja yang berkaitan dengannya. 
  • padamkan semua yang berkaitan dengannya

dan sebagai seorang isteri aku akur………….kerana itu yang dia mahu bak kata orang berpatah arang berkerat rotan. Dan tak akan sekali menjadi carik-carik bulu ayam

Beriadah di Tasik Ampang Hilir

mnn

Hero berposing

Hero berposing

page1page2Petang izzmi sibuk2 nak keluar nak jalan2. agaknya boring dok umah mengamuk berguling-guling. Masa ambik alia dari tuisyen sampai rumah dia tak nak keluar dari kereta, bila kakak dia angkat juga..menjerit macam histeria, nak ajak jalan, abah dia kata pergi mandi kita pergi playground.
Siap lebih kurang, terus gerak ke tasik ampang hilir tue, satu taman rekreasi yang baru, complete dengan track jogging dan peralatan senaman, ada playground cuma tak berapa nak safety coz sekeliling tasik tue dia orang tak letak pagar, kalau jatuh tergolek masuk dalam tasik he..he…
mn

Makan-makan

Dah boring asyik makan lauk yang sama, and no idea nak masak apa untuk membangkitkan selera. So malam tadi my hubby ajak dinner kat luar, hemmm orang ramai tapi keta kecik tak muat, my hubby decided untuk pergi 2 biji kereta, of courselah aku drive kereta berasingan dengan suami. Lepas manghrib jer terus gerak, suami plan nak makan kat food court ampang front apa tah,…ikut jer dan follow his car from the back.., aku bersama2 anak-anak. Izzmi tak mau naik kereta dengan abah dia…, dia kata ‘uyuk (buruk’ padahal kalau tengok dalam keta aku lagi lah uyuknya dengan sisa2 makanan, kulit gula2, izzmi lah punyer kerja, sepah2kan keta mama..
sampai kat food court my hubby order sate (sedap giler sate tue..besar2 pulak tue) aku nak makan soto, my hubby order murtabak dan nasi ayam penyet, ABC..kenyang betul alhamdulilah, lepas makan anak2 request nak jalan2 kat tasik ampang hilir tue….aku tak nak dah pukul berapa nii…..baliklah mama ada kerja.