Sempurna tapi…

Adik dan adam masa baby dulu

Adik dan adam masa baby dulu

Adam sekarang

Adam sekarang

Ingat dulu, aku ada menyentuh tentang sepupu izzmi yang seorang ni, adam ashraf, dia memang istimewa, dibesarkan oleh orang yang istimewa juga, mak dan ayahnya tak boleh bercakap dan mendengar, hanya guna bahasa isyarat.Hari minggu baru2 ni, kami pergilah menjenguk dia, dah lama tak pergi shah alam, rumah ipar aku ni, lama pun tak lama sangat cuma hampir 2 bulan jer, dah besar pun adam, badan dah semakin berisi, dulu lansung tak suka makan, sekarang dah kuat makan kot sebab badan berisi. Dia hanya pandang kami dengan mata bulatnya tue, tapi mak dan ayah dia didik anak dengan baik, pandai juga dia bersalam dan cium tangan, cuma tak keluar suara, tapi adam ni sekali keluar suara (menjerit) boleh pecah gegendang telinga. Yerlah mak dan ayah tak boleh bercakap, adam hanya dengar suara melalui TV jerlah, mungkin sedikit ketinggalan dengan sepupu2 yang lain izzmi dan aidil yang dah boleh bercakap membebel apa semua tue, kesian juga dia sempurna tapi persekitaran membuatkan perkembangan kognitif agak lambat. Biras aku pernah beritahu, yang dia nak bagi mak nya jaga adam untuk ajar dia bercakap, oklah tue.

Tengok gambar adam yang terbaru tue, ada gambar ikan kat baju dia kan, bila aku tanya ni apa??? adam tunjuk tangan isyarat ikan, seolah2 isyarat ikan sedang berenang, ayahnya lah yang ajar tue, itu yang aku rasakan yang adam ni boleh bercakap sebab dia normal, cuma tak ada orang yang nak ajar dia bercakap. My MIL pernah bising suruh kita orang selalu pergi shah alam untuk ajar adam bercakap, nak buat macamana jauh juga shah alam dari pandan indah ni. Tak pa lah aku percaya mak dan ayah dia ada alternatif untuk mengatasi masalah ni, sebab kawan2 ipar aku ni, sama2 OKU tapi anak2 boleh cakap, bolehlah berkongsi pengalaman.

Mama rindu zaman baby izzmi (countdown to 2nd bday)

Belek2 gambar izzmi yang lama, masa baru lahir, masa baby, meniarap, merangkak, jalan2 jatuh, sweet sangat, rindu mama akan ketika2 dan saat itu, masa tue adik betul2 comel dan tembam, kemana saja pergi  mesti orang yang menegur dan cuit pipi adik, bau pun wangi, tak banyak kerenah, sekarang pun comel juga cuma kadang2 dah tak wangi, bau baby dah hilang, berganti dengan bau masam peluh. Bak kata ayah aku, budak yang berumur 2 tahun, ibarat raja, semua keinginan dia kena penuhi, suka memerintah, banyak akal. Betul lah tue agaknya, izzmi pun akan menyambut birthdaynya tak lama lagi, 15hb Mei nanti, genaplah usia izzmi dua tahun, dah besar anak mama. Cepatnya masa berlalu….kakak2 izzmi pun pernah kata, mama mengandung lah lagi, tak bestlah adik dah besar, selalu mengada2,  kali ni mama mengandung baby girl lah pulak.  He..he.. aku jawap,  yerlah… nanti mama ambik kat hospital baby girl tuh…,

Antara gambar2 ni aku dah pernah post kat sini, saja jer nak recall balik memori aku ni, nak selak page2 belakang, malas!!! maklumlah tak tau dok kat entry yang mana satu…ambik masa kalau nak selak semula…

Bulan2 pertama usia izzmi, syahdu betul tengok gambar ni

Bulan2 pertama usia izzmi, syahdu betul tengok gambar ni

Masa ni adik cute banget,

Masa ni adik cute banget,

8-bulanadik7

 

Semakin menginjak usia

Semakin menginjak usia

anak mama dah besar, dah tak berapa baby lagi

anak mama dah besar, dah tak berapa baby lagi

izzmi dah pandai demand

Asal cuti hujung minggu, izzmi dah pandai meragam nak ajak keluar jalan2, kalau duduk rumah letih melayan kerenah dia, sekejap2 menangis, silap sikit menangis. Itu belum buat perangai naik atas meja main terjun ke bawah, risau aku…, then aku ajak suami aku keluar jalan2, sementara ada urusan yang perlu di bereskan. Pergi ke Jusco Maluri, dah tahu dek izzmi di situ ada playland. mulalah mintak ‘nak main’ ‘nak main’ mula2 eloklah cakap, tapi kalau kita buat tak layan, menjerit, buat perangai, (anak sapa lah ni) terpaksalah mak dan ayah menurut kehendak dia, pergi kat playland tue, kena bayar lah kalau nak masuk rm3 untuk 20 minit, nak tak nak aku lah kena temankan, nak suruh alia dan alissa tak boleh, penjaga kena berumur 18 tahun ke atas, sajalah tue.. takut budak yang bawah umur ni, tumpang sekaki main, jadi yang mak2 atau bapak2 ni lah masuk situ temankan anak bermain…he..he.., izzmi enjoy main, lompat sana, lompat sini, main tangkap belon, main timbunan bola, aku jugak terkebil2 tengok dia, sib baik ada orang jer kalau tak aku pun tumpang sekaki main he..he..

banyaknya belon dikk

banyaknya belon dikk

dah main tak nak berhenti pulak, terpaksa panggil my hubby untuk bawa izzmi keluar, apa lagi meraung lah dia, tapi kita orang buat selamba jer, pedulikk!!! cuma kat luar tue pujuk dia dengan ais krim cornetto, baru dia. Then lepas tu kita orang pergi ke pavilion untuk makan malam kat food court situ, aku makan mee goreng yang pelik, anak aku makan nasi. my hubby makan mee sup chinese style..

mee goreng putih jernih

mee goreng putih jernih

Monday yang Cuti, setahun usia blog izzmi

Hari ni aku cuti coz sekolah aku ada sukan Sabtu lepas, not in mood sindrom PMS, baring sajalah sambil buka laptop, hari pun hujan lebat, tak tau nak buat apa, kerahan tenaga di lakukan untuk anak anak aku, kutip kain, sidai kain, vacum lantai, cuci kereta he..he… izzmi pun di paksa untuk mencuci kereta, tapi dia sukaaa, sampai tak nak masuk rumah, sental kat satu tempat jer berjam2, bab2 main air dan buih sabun memang dia suka.

cuci-kereta

Btw, masuk bulan April ni, genaplah setahun usia blog izzmi ni, dengan junlah pelawat melebihi 10 ribu orang, apa yang tulusnya wordpress ni statistik visitors dah sedia ada, pelawat dikira, tidak termasuk owner, walau aku masuh 40 kali sehari pun ia tak dikira, so yang ni buat aku hairan, siapalah pengunjung blog izzmi ni, silent readers, anyway aku mengucapkan terima kasih pada pengunjung2 blog izzmi ni, pada chozila pengomen setia blog aku nih..tima kasih banyak. Rajin2lah komen lagi yer…

Makan Teepayanki

Aku tak tau kenapa dipanggil teepayanki (makanan jepun) sejak dok Kl baru kenal tepayanki ni, masakan jepun, dulu2 pada mulanya aku ingat apa, rupanya nasi putih, lauknya kita pilih sendiri nak, ikan, ayam, daging, udang atau sotong, cara memasak ala2 grill gitu, masak kat depan kita lah, kita boleh tengok chef tue masak, dah siap masak chef terus letak dalam pinggan kita, ..dan yang aku pasti sayur sampingannya mesti taugeh dan kadang2 daun apa ntah, ada bawang putih goreng,  memang sedap!!! so semalam, pergi Jusco balakong, sebenarnya nak baiki kamus elektronik anak aku, tapi ada masalah sikit, orang yang handle kamus tue nan ado pulok…my hubby pun lapar, ajak makan tepayanki, tak jadi nak makan steambot kat Johny, pada mula2nya aku was2 jugak, halal ker ni…my hubby tunjuk, tuu…sijil Halal baru confident sikit, my hubby ambik lauk ikan salmon, my doters biasalah ayam, akuu??? oleh kerana aku sedang berdiet, makan sayur taugeh yang anak2 aku punya hu..hu…, izzmi pula makan Snow (abc). aku dan anak2  tak reti guna chop stick, minta garpu dengan sudu ler, kalau boleh nak guna tangan jer he..he..maklumlah orang kampung, tapi..mengikut kata suami aku kureng sedap kat balakong ni jika nak dibandingkan dengan kat Sg Wang, tapi aku rasa kat Pavilion lagi sedaplah walaupun harganya pun sedap jugak nak membayarnya.

Alissa dok tengok chef masak

Alissa dok tengok chef masak

Izzmi sabar menanti makanan

Izzmi sabar menanti makanan

Abah makan tak bagi izzmi pun yer

Abah makan tak bagi izzmi pun yer