Balik kampung lah..

Seperti yang dah di plan awal2 dulu. untuk balik kg aku kat pahang..maka walau pun banyak kekangan tapi tercapai jugak hasrat hati nak balik, plan awal juga sepatutnya aku stay kat situ seminggu, tapi banyak sangat yang tak settle..dok sehari jer,..sampai kg dalam pukul 2.00 ptg, kebetulan rumah sebelah ada kenduri, aku tibai nasi lauk kawah..sedap lah, lama dah tak makan..kenyang makan bertambah2..

Lepas tue mak ajak pergi felda bukit mendi pulak, ada kenduri kawin juga, sedara ayah.., nak tak nak ikut juga, oleh kerana aku dah kenyang aku makan kerepek pisang jer dengan izzmi, izzmi pulak tukang sepah2kan kerepek..huh geram betul.., aku tengok my hubby and anak2, ayah, mak, abang din, kak zie dan anak2nya bukan main selera makan, lapar lah tue.., lepas kenduri ingat nak pi rumah kak yam, tapi dia tak ada rumah pulak..kansel balik rumah rest..

Malam, tengah2 malam, my hubby sakit perut, 3,4 kali pergi bilik air, aku kata mesti makan kat kenduri tadi, tapi orang lain tak sakit pun, abang sorang jer.., setelah penat berulang ketandas, tertidur jugak dia sampai pagi, then pagi2 morning tue baru aku tau, rupanya yang makan kenduri siang tadi semuanya sakit perut pakat berulang ke tandas, tapi nasib baik bukan serentak, kalau tak berebut tandas he..he…, mujur juga aku tak makan, makan kerepek jer kat situ, nasib baik!!!

Then petang ahad kul 5 petang, balik Kl semula singgah kat genting sempah semata2 nak makan chicken chop, lama dah tak makan, jeles tengok kat blog ija, ada display gambar chicken chop lagi, aku pun teringin lah..

Mana ni..dah lapar laa..

Mana ni..dah lapar laa..

tu dia dah sampai

tu dia dah sampai

chicken-chop1                                     Dulu2 rasa sedap sangat chicken chop sini, sekarang macam ada kureng sikit, sos dia macam tak kaw jer..agaknya aku dah jumpa atau dah pernah makan..chicken chop merata2 tempat, tue yang rasa ..macam dah tak sedap tue, tapi alia alissa laju jer makan.

kat Kelate

Isnin tue kita orang balik kelate coz ada emegency, butir lanjut leh baca kat, BLOG SATU LAGI, malas nak story lagi.

Balik ikut grik, sajalah tak mau boring, nak suasana baru, walaupun jauh sikit, singgah dinner kat ipoh, apa ntah nama tempat tue ‘Taman Kanak-kanak’ hemm..memang sesuai pun…sebab ada playground kat situ izzmi apa lagi.., kerahan tenaga pada alia dan alissa…., ‘korang pergi bawak adik main, mama dan abah nak makan…’ sebenarnya alissa tue lebih sudu pada kuah…dia yang terlebih main pada adik, bila selesai makan, jom kita tangkap gambar..nak masuk dalam blog…, alia dukung adik, tangkap bertiga, 1,2,3…ciss bateri kamera habis..terus mati kamera tuh….hampeh tul..so tak adalah gambar.

Then dalam keta, aku sound kat anak2 aku, kita ni nak balik ikut grik tau.., kalau nampak apa2 jangan tegur simpan jer dalam hati, alissa banyak tanya, nampak apa mama???, kalau tegur kenapa??? lepas tue mulalah dia orang takut…nak tidur lah biar tak nampak apa2..he..he…sebenarnya tak ada apa pun, aku maksudkan gajah..kat situ kan area gajah liar..

Sampai kelantan dalam pukul 1pagi, tidur…siang esok nya gi pasir putih ambik mertua aku kat situ, izzmi sempat main buai kat kampung sambil kejar2 ayam..nyamuk pun banyak gila..

Buai laju-laju

Buai laju-laju

Oleh kerana ..tok bomoh yang dijanjikan dapat datang selepas isyak…so aku dan suami terpaksa menunggu..izzmi dah meragam, husband aku ajak masuk keta, jom kita pergi satu tempat…., rupanya pergi tepi pantai..dekat jer ngan situ…

Ala adik..gelilah konon nak pijak pasir, orang kl lah katakan

Ala adik..gelilah konon nak pijak pasir, orang kl lah katakan

alissa basah sebab jatuh tertonggeng dalam air laut he..he.

alissa basah sebab jatuh tertonggeng dalam air laut he..he.

Ada rupa bibik ker..????

once upon a time he..he.., Jiran baru aku (baru beli rumah sebelah)

Jiran:  Yang keluar pagi2 pukul 6.30 tu akak ke?

Aku:  a’ah, akak lah, keluar pukul 6.45 bawak anak hantar  umah babysitter sekali’

Jiran: Eh! Bukan ke akak ada maid?

Aku: Mana ada maid, dari dulu2 lagi akak tak ada maid.

jiran: Hari tue saya nampak macam maid dukung anak akak kat luar tue, husband saya cakap, akak sebelah ni ada maid.

aku:  Tak adalah ..mana ada itu akak kot….

Muaha..ha….tengok dah orang kata aku ni bibik.., kah..kah..tuelah izzmi ni kulit putih sangat, aku pulak gelap ..contras, itu yang orang ingat aku bibik ni (bibik dari myamar kot) semetelah aku bila balik sekolah tak ada pulak nak make up beria2..rambut pun ikat ekor kuda jer..pakai t’shirt lusuh dengan seluar track jer…bukan tak nak melawa..tapi tak berkesempatan lainlah kalau ada bibik betul he..he..tapi semenjak hari tue bila nak keluar rumah aku pastikan aku kemas sikit, ikat rambut kemas2 pakai bedak sikit, nanti orang ingat aku bibik lagi…

bibik1

p/s  Geli hati aku..bila kat kelantan ada cina yang datang nak bayar sewa rumah, tegur izzmi comel lah adik ni putihhh..nya  , dia cakap depan alia dan alissa, bila cina tue balik alissa cakap..apalah cina tua tue nak perli kita orang lah tue kata adik putih sebenarnya nak kata kita orang hitam…..kah..kah….

Yeah! Cuti sekolah dah bermula

Ya beda bedu…cuti sekolah dah bermula, mama cuti maknanya izzmi pun cuti, tak payah bangun awal2 pagi pergi rumah mak adik kan?? Tapi adik ni walau macamanapun kena lawat mak juga..nanti adik lupa bukak sekolah tahun depan ..guling2 pulak tak nak duduk dengan mak..susah mama nanti.

Tapi cuti pun rasa macam tak cuti sebab izzmi ni 1001 ragam..tak larat dan penat nak layan karenah dia, boring jugak jadi surirumah sepenuhmasa ni..plan nak pergi bercuti, destinasi pilihan tak tau..lagi penang or Langkawi aku mana2 pun ok..

Semalam, oleh kerana semua asignment aku dah siap, boring dok rumah, ajak my hubby gi shopping aku nak beli baju nak pakai kenduri kawin kat bentong nanti, malangnya plan awal nak pergi survey kat Jakel..tapi hujan lah pulak, ubah plan pergi The Mall, makan kat food court kat situ, aku makan nasi goreng ikan masin dan tom yam campur, my hubby makan japaness food aku tak tau nama apa, anak2 aku makan nasi paprik…tak sedap mana pun tapi sebab lapar habis jugak aku makan. Izzmi pulak oleh kerana ada seorang mat bangla bagi dia belon…dia pun asyik dengan belonnya tu..he..he…

Izzmi main belon

Izzmi main belon

Kat thea mall, tak beli apa pun cuba2 tengok baju yang ada jual kat hall tue, tak ada yang berkenan, izzmi pulak nampak seorang budak india tengah makan junk food, dia boleh pulak tadah tangan kat budak india tue  ‘nakkk!!! Nakk!!!…’ budak india tue pulak terus nak bagi kat izzmi, aku cakap no! thank you!!! he..he.. apalah adik ni..tak malu betoii, ntah sapa2 boleh dia pergi mintak makanan, mama tak ajar macam tu tau….

Balik dari the mall, masih awal lagi, oleh kerana alissa nak sangat pergi Tugu Negara (National Monument) betul ke eja nih..so kita orang singgahlah situ sekejap, baru lepas hujan lebat basah sana sini, izzmi tengok air pancut..nak buka baju dan seluar nak mandi..apalah adik ni.., lahir kat KL tapi macam orang tak penah tengok air..abah dia lah offer tanya…’adik nak mandi?  Izzmi apa lagi selak baju, nak tanggal, nak mandi’

tugu31    Cantik gak gambar ni..

adik nak mandiii!!!

adik nak mandiii!!!

Aku pelik betul dengan imej kat wordpress ni, aku dah setting saiz setiap gambar, semua sama, tapi bila keluar ada yang besar gedabak, ada yang kecik sangat…poning kepala aku! Kena rujuk pada yang pakar nih..

Rasa macam nak ambik ‘maid’

Lately, oleh kerana kesibukan aku dengan asignment, exam pksr 2 kat sekolah, rumah aku dah macam tak terurus, kain menimbun2 tak berlipat, rumah tak berkemas, karpet tak vakum, lantai dapur tak mop..korang bayangkanlah rumah aku macamana, semak tak terkata, my hubby yang dulunya seorang yang pengemas..tak leh nak kata apa, tambah pulak ada little boy sorang yang hobi dia buat sepahkan rumah, tabur2 makanan..lagi memburukkan keadaan.., itu yang aku rasa macam nak ambik ‘maid’ at least rumah aku kemas sikit, baju berlipat, tapi…..takut dok dengar cite yang buruk2 pasal maid ni..kalau tak angkut barang2 aku, bawak lari anak aku..tak pun ..kebas laki aku (he..he…) tak pun aku kena tikam dengan maid (macam dalam buletin utama malam tadi)…cite2 tu buat aku pikir 100 kali..tambah pulak izzmi ni aku percaya walau ada maid sekalipun ..dia sure tak mau duduk dengan maid.., bukan nak kat orang budak kecik tue..kalau orang lelaki dia sukalah…, kalau aku kaya banyak duit, boleh juga ambik orang gaji, dalam masa yang sama hantar izzmi rumah pengasuh, mau seribu sebulan gak tue…hai..rasa hidup ni macam letih sangat……aku perlu pergi bercuti sebenarnya, location pilihan….adik aku kata sabah ..best..teringin nak gi sana.