ini blog saya

nama saya mohammad azfar izzmi. Umur 7 tahun. Mama suruh saya tulis di sini sebab saya sudah pandai menulis dan membaca. Terima kasih mama buat blog untuk adik

( hehe..blog ni aku create sejak izzmi lahir, tujuan untuk diarikan perkembangan izzmi dari baby…sekarang izzmi dah besar aku nak suruh dia update sendiri blognyer,….dia sendiri suka tengok dan baca cerita2 tentang dia dari baby lagi, Tanya lagi kenapa adik gemuk masa baby dulu. )

Meniti usia 7 tahun

Sekejap nyer masa berlalu. Pejam celik izzmi dah memasuki alam persekolahan darjah satu. Blog ni mama create hamper 7 tahun yg lalu semata-mata nk update perkembangan anak mama ni dari baby sampai lah besar. HUrm sekarang dah besar adik dah pandai membaca bolehlah adik update blog adik sendiri.

Adik dah sekolah

319774_2668927060112_1148039483_n

well, diam tak diam 6 tahun dah berlalu, adik izzmi secara rasminya mendapat pendidikan formal di pra sekolah bersama2 mama. Impress tak sampai sebulan belajar, izzmi dah pandai mengeja…walaupun tak pernah bersekolah sebelum ni. Hanya belajar sikit2 ngan mama kat rumah. Muga adik berjaya jadi anak yg soleh dan bijak bistari.

Izzmi kutip manggis

Dah lama betul tak update blog adik ni, usia adik pun dah nak masuk 5 tahun, tahun depan adik dah sekolah tau, bila adik dah pandai baca dan tulis adik update blog adik sendiri yer..

Cuti sekolah lama ni, adik dgn happynya tak payah pergi umah mak petir syhhh!!! mak petir refer pada baby sitter nya, panggil macam tu coz suara dia macam petir, kalau lah mak dia baca blog ni mati aku, maaf kak sya gurau jer ..

ok lah cuti yg lama ni apa adik buat yer..adik ikut mama balik kelantan, ikut mama balik umah tok wan, tolong mama kutip buah manggis, memang tak boleh harap kakak2 adik tu kan..harap makan jer tau, tambah lagi nak panjat pokok manggis.

Oleh kerana izzmi kecik lagi, mama lah yg panjat pokok manggis sian kakak alissa yg montel tu terkial2 nak panjat tapi pi mai pi mai dok kat pangkal jer lah tak lepas2 ha..ha..montel sangat..

kelihatan kakak yg montel terkial2 nak panjat pokok..

ohh…buli adik kutip buah yer, nak kena korang niii..buli adik yg kecik kutip habis tue korang buat apa…jadi mandur ekk..

izzmi kena buli kutip manggis

dengan gigihnya adik berjaya kumpulkan sebakul manggis yang segar2

terliur tengok manggis yg masam manis nii

Izzmi dah mengenal abjad dan nombor

Seiring dengan usia izzmi, blog ni dah menginjak ke tahun ke 4, cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam izzmi lahir, baby yg montel, gebu dan berbau wangi. sekarang dah pandai bercakap, berlari, main, ‘buas’ pandai mintak mainan setiap kali ke shopping kompleks….rabak duit aku taw….
Izzmi permata hati aku ni sungguh petah bercakap, guna bahasa standard lagi…kadang2 aku rasa gelihati sangat bila dengar dia bercakap…
antara ayat2 yang keluar dari mulut dia
” adik tak mahu pergi pasar malam, ia tidak menyeronokkan’

‘mama ada tak makanan yang lazat untuk di makan?’
‘ultramana tidak wujud, ultraman hanya kat tv sahaja’
banyak lagi lah ayat2 power yang keluar dari mulut dia…aku rasa pengaruh tv channel 613, antara siri kegemaran dia..handy manny, jungle junction, mickey mouse club, agent osso…aduhh..pening kepala kami sekeluarga sebab orang lain tak ada can nak tengok tv..
Adik ni pulak..malas nak belajar, ada lah sekali sekala aku berpeluang ajar sikit2, tapi fokus tak lama tak sampai 10 minit lepas tue dia dah cabut pergi tempat lain..tapi alhamdulilah dia cepat dapat, cepat mengenal huruf dan abjad, dapat padankan nombor dan bilangan (biasa aku guna kad bergambar) dan untuk huruf aku guna sitem phonic untuk menyebut huruf…tapi tue lah belajat 5 minit, lepas tue lari, susah nak fokus, kalau dia fokus mungkin dah pandai membaca..entahlah anak mama sorang ni..muga adik jadi anak yg baik, soleh dan terang hati….

Adik dah besar

adik mama dah besar, dah nak masuk 4 tahun, mama ingat nak hantar adik sekolah, tapi rasa masih terlalu awal baru 4 tahun, nanti jemu pulak jadi macam kebanyakkan anak murid mama yg sekolah tadika lama sangat sampai 3 tahun bila masuk sekolah jadi boring, kerjanya kejap2 nak keluar kelas kata nak pergi tandas tapi merayau2 jer lebih.

Semetelah adik sorang anak lelaki mama, teringin betul nak tengok adik jadi ustad, teringin betul mama nak hantar adik kat sekolah agama Al-amin yg famous kat gombak tue, masalah jauh lah pulak, transport tak ada, maka impian tinggal impian jer lah…

then abah kata mula2 bila umur adik 5 tahun hantar smart readers dulu, lepas tue bila umur 6 tahun hantar kat Al-Imtar tue..biar balance he..he.., untuk smart readers rasa tak jadi masalah berhampiran tesco ampang tue ada, provides transport lagi, leh suruh hantar ke sekolah aku terus sebaik saja habis sekolah atau transit kat umah baby sitter area kampung pandan tue jugak…mana2 pun boleh

Berangan jer mama ni adik, masa masih panjang lagi, adik ni mama kesian jugak nak berkawan tapi tak ada kawan, kakak2 dan abang semua dah besar2 semua tak mau main dengan adik kan..nantilah adik, mama hantar adik sekolah adik akan dapat ramai kawan ok