Millionaire

Semalam..abah izzmi jadi millionaire… majlis anugerah ni dibuat kat hotel sheraton subang….jangan salah faham tau ..ni bukan jutawan segera yg dpt duit sejuta tu..ni jutawan point bonus link, rezeki abah dia ..kira oklah dgn mata ganjaran sejuta tu boleh redeem macam2 barang, dan leh tukar ngan baucer parkson, kalau dalam kiraan rm..sejuta mata ganjaran tue boleh dinilaikan dalam rm12k lah tak tau ler betul ke tidak tapi….semalam dah gi shoping kat parkson sungei wang dan parkson KLCC

Oleh kerana abah dia tak nak glamer…maka kita wakil pada junior dia izzmi untuk bergambar dgn replika.. izzmi pun tak mau posing sibuk nak lari..so jadilah gambar macam tu…dan yg pic satu lagi tu mainan fisherprice izzmi beli kat parkson semalam. sori mutu gambar kurang memuaskan…tak tau ler kenapa kena redeem kamera baru kot maklum ler millionaire….

Advertisements

5 minit pertama setiap hari

Hari ni aku nak cite pasal aku pulak…..asyik cite pasal izzmi jer, cite pasal akulah pulak..semalam masa assembly, cikgu yang on duty ada sentuh pasal 5 minit pertama setiap hari akan menentukan baki seterusnya…either good or bad day, kalau permulaan ok maybe sepanjang hari tue..everything going smoothly…macam tu gak sebaliknya…

Pagi ni..aku rasa apa yang cikgu tu cakap tue ada betulnya..aku bangun awal tapi kelam kabut nak siapkan projek seni untuk murid kelas aku…terkial2 nak edit gambar dan print, dah lambat, semalam tidur awal sebab letih..then..masa nak hantar izzmi, jalan jem terlampau banyak kereta…aku tak dapat nak cross awal2 sebelum simpang umah babysitter tue…bila ada peluang jer..aku tak perasan ada keta dari belakang, nyaris2 nak accident…dah kena hon…masuk simpang ..jalan sempit..berselisih dengan van nak ketepi banyak kereta park tepi2 jalan tue dah aku terlanggar kereta orang…uwaa..dalam hati harap2 tak ada apa2, melayang pulak duit aku..aku turun kereta…tinggal izzmi sorang2..pergi cek keta tue…nasib baik tak kemek apa2, cuma tertanggal cat sikit… aku tak tengok apa jadi pada keta aku, masa tue kereta aku dah jatuh no 2…yang penting kereta orang…

Sampai sekolah baru aku tengok keta..ada calar sikit..tak pa lah nak buat macamana, pergi kantin minum teh tarik, makan goreng keledek 3 ketul, loceng bunyi masuk kelas…pembantu pejabat datang..bagi surat memo dari gb…surat suruh tunjuk sebab kenapa tak datang sekolah sabtu lepas ada in house training..gb bagi tempoh 10 hari…uwaaa…!!!! ini baru separuh hari…harap2 petang ni tak adalah lagi trajidi buah epal..yang menyesakkan dada….

Birthday Alissa

Hari ni birthday alissa yang ke 8,  tapi dah celebrate awal hari ahad lagi…he..he.. hadiah pun dah bagi kat alissa, aku belanja zairol dan adik ipar makan steamboat kat johnny…happy alissa dapat hadiah kesukaan dia..aku beli pencil box Barbie, ayah su  dan che su dia beli “cat”, pak su dia beli dompet….

Izzmi pun tumpang sekaki gak nak hadiah…sibuk dengan hadiah mainan itik playskul dia..

apa-apa ajer…

Gambar ni snap masa on the way  keluar makan .. ke nandos ampang, izzmi pun makan juga, makan ayam panggang dan kentang goreng…Izzmi ni kalau kemana2 mesti kena ngorat dengan awek…ada yang cubit pipi, dukung, lambai2…jeles abah dia…bila awek puji izzmi comel..cepat2 abah dia cakap…abah dia comel ke anak yang comel!!! huh perasan!!!

Let me know…

Aku tau..ada pengunjung setia blog ni…., selalu berkunjung ke rumah izzmi ni tapi tak mau perkenalkan diri, pada sapa2 yang berkenaan tu…leave ur comment!!!!…pada member2 lama, kawan2 seperjuangan sekolah lama dulu, bekas anak murid…anda dialu2kan untuk beri komen..ataupun nak kutuk pun boleh, klik jer kat link komen tue….emmm apa lagi komen lah dan jangan lupa bagi tau nama yek….oii…aku rindu kat koranglah….lama dah kita tak jumpa….

Abdul Wahab he..he…

Kalau dalam cerita 3 abdul,  Abdul Wahab yang paling bongsu dan paling cerdik sekali.., entry aku pasal 3 abdul ni adalah antara yang paling tops , agaknya ramai yang suka tengok gambar 3 abdul ni meniarap ..nampak comel dan cute…AIDIL AFIF DANIEL B. OK AZUAN, sepupu izzmi yang paling muda…, aidil ni muka hensem dan mancho, ada lesung pipit lagi, walaupun beza dengan izzmi 5 bulan tapi dah pandai merangkak, izzmi ni lah paling lambat sekali, walaupun dia lahir dulu, bak kata suami aku yang lain tu anak sulong, lebih berdikari, mak dan ayah dia jer yang jaga, kalau masing2 penat biar jer…tue yang anak dia orang cepat pada izzmi, Izzmi ni pulak selain aku dan abah dia, kakak2 dia ada tolong dukung dan jaga, itu yang manja lebih tue…

Sapa2 yang pernah sms dan tanya pasal abdul yang bongsu ni, di sini aku post kan gambar aidil, mama dan papa dia letak nama aidil sebab lahir sehari sebelum hariraya aidilfitri. Comei…senyum dengan lesung pipit..