Izzmi dah mengenal abjad dan nombor

Seiring dengan usia izzmi, blog ni dah menginjak ke tahun ke 4, cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam izzmi lahir, baby yg montel, gebu dan berbau wangi. sekarang dah pandai bercakap, berlari, main, ‘buas’ pandai mintak mainan setiap kali ke shopping kompleks….rabak duit aku taw….
Izzmi permata hati aku ni sungguh petah bercakap, guna bahasa standard lagi…kadang2 aku rasa gelihati sangat bila dengar dia bercakap…
antara ayat2 yang keluar dari mulut dia
” adik tak mahu pergi pasar malam, ia tidak menyeronokkan’

‘mama ada tak makanan yang lazat untuk di makan?’
‘ultramana tidak wujud, ultraman hanya kat tv sahaja’
banyak lagi lah ayat2 power yang keluar dari mulut dia…aku rasa pengaruh tv channel 613, antara siri kegemaran dia..handy manny, jungle junction, mickey mouse club, agent osso…aduhh..pening kepala kami sekeluarga sebab orang lain tak ada can nak tengok tv..
Adik ni pulak..malas nak belajar, ada lah sekali sekala aku berpeluang ajar sikit2, tapi fokus tak lama tak sampai 10 minit lepas tue dia dah cabut pergi tempat lain..tapi alhamdulilah dia cepat dapat, cepat mengenal huruf dan abjad, dapat padankan nombor dan bilangan (biasa aku guna kad bergambar) dan untuk huruf aku guna sitem phonic untuk menyebut huruf…tapi tue lah belajat 5 minit, lepas tue lari, susah nak fokus, kalau dia fokus mungkin dah pandai membaca..entahlah anak mama sorang ni..muga adik jadi anak yg baik, soleh dan terang hati….