Ala..la..control hensem lah tue

Kat rumah abang aku di kerayong…ala adik control cun comei…sopannya duduk kat rumah orang..berlakon lah tue….

Izzmi dan kakak2nya …koleksi warna kulit yang pelbagai..

 

Advertisements

Dah kena pagar

Oleh kerana hobi izzmi suka naik tangga, maka abah dia pun dah letak pagar kat tangga, tapi dia suka dok bergayut kat pagar tu pulak dah..letihh…, tak boleh lepa, sedar2 dah separuh tangga dia naik, dah tue sengeh jer kat kita…Izzmi ni oleh sebab terlampau aktif..comot dah jadinya, berpeluh sokmo, tengoklah badan dia sekarang..cekeding jer..he..he…babab nanti..sengeh2 nak naik tangga.

 

 

Hadiah untuk mama

Hadiah untuk mama sempena hari jadi mama, ball ni hadiah izzmi…harijadi kakak alissa izzmi dapat hadiah, harijadi abah pun dapat hadiah, mama pun izzmi dapat jugak…harijadi orang ..harijadi izzmi juga he..he…untung jadi adik ni. Ni gambar izzmi baru bangun tidur sengeh nampak lesung pipit yang cetek tue..Gambar couple bear ni izzmi bagi kat mama juga…

Apa nak di kato..

Sebenarnya banyak aku nak post kan gambar2 izzmi kat blog..tapi memandangkan laptop aku tue yang dah  tamat riwayatnya, tak dapat nak dibaiki, jadi tergendalalah..nak guna laptop ni banyak software yang tak support, nak kena install adobe photoshop dulu, untuk edit gambar, dan laptop ni juga tak support wireless..jadi susah sikit, nak kena beli usb port wireless lah itu inilah….apo nak di kato, Ini semua menguatkan keinginan untuk beli laptop baru..hu..hu…

Izzmi sekarang, dah pandai terima arahan, dan faham apa yang kita cakap, kalau tanya dia where is your ball, dia cepat2 pergi cari bola dia..tunjuk kat kita, macam tu  tu juga kasut…where is your shoes, dia akan ambik kasut, tapi suruh pakai tak nak…kasut tue dia gigit tue yang tak berkenan orang kasut pakai kat kaki dia letak kat mulut apalah adik ni….he..he..

Dapat berita, salah seorang 2 abdul, sepupu izzmi demam kuat, nak pergi melawat tak berkesempatan, sibuk sangat, sebenarnya adam tue baby istimewa, kenapa aku katakan istimewa, adam ni normal..doktor mengesahkan yang dia normal, cuma yang istimewanya mak dan ayah dia tidak boleh mendengar dan bercakap dengan kata lain..OKU..tapi tuhan tue maha kaya..adam ni kalau menangis suara dia nyaring dan kuat..boleh menusuk gegendang telinga..tuhan anugerahkan adam suara sebegitu untuk menarik perhatian ibu dan ayah dia yang tak boleh mendengar, aku respek pada biras aku tue yang dapat menguruskan anaknya dengan baik walau pun ada kekurangan, sesungguhnya mereka ni adalah insan yang istimewa ada kelebihan di sebalik kekurangan…kalau nak flash back balik tengok entry yang lepas2 ada gambar 3 abdul dan entry  amboii kacau adam yer….itu lah adam …oklah..itu saja untuk hari ni..jumpa lagi. Nak kena pergi rumah adik aku dapatkan software adobe photoshop..

What the suprise!!!!

Hari ni harijadi aku, rasa senang hati jer..walaupun nazir ada kat sekolah.. pukul 9.00 pagi, yati samat telefon, wish happy birthday…cantik bunga..yati cakap.., aku tanya…bunga apa??? Eh kau tak tahu ke…pergi tengok sendiri atas meja dalam bilik guru….., wah excited aku, macam nak pergi la tu juga, tapi memandangkan aku ada kelas, nazir pun ada sekitar sekolah…aku sabarkan hati…., bila loceng rehat bunyi cepat2 aku pergi bilik guru, lalu kat pejabat orang semua senyum, wish happy birthday, selisih dengan nabila…happy birthday kak so sweet…!!!!

Masuk bilik guru atas meja aku….ada jambangan bunga cantik….tengok kad..dari Izzmi…alias azami junior..kembang rasa hati senyum sampai telinga…kali ke 3 aku dapat hadiah jambanngan bunga, last year masa bersalinkan Izzmi, my hubby bawa jambangan bunga ke hospital…seronok berganda, dapat baby, dapat bunga..yang my hubby tulis, thanks mama, kerana lahirkan baby untuk abang. Hari ni pula dapat bunga dari Izzmi…….sukernya….Thanks for my hubby …love you sooo much, thanks Izzmi bagi bunga kat mama, thanks alia dan alissa..walau tak bagi apa2, sebenarnya dia orang nak belikan hadiah, sibuk ajak pergi tesco..aku jer tak nak, bagi kad pun dah cukup. Hari yang paling bahagia….

 

 

 

 

 

 

 

Jambangan bunga dari azami junior…

 

i’m back….!!!!!

Dah lama tak cite pasal izzmi ni, izzmi dah masuk 13 bulan, tapi masih belum pandai jalan…risau juga aku ni, ajar dia tatih, tapi jongkit kaki, orang kata kalau lambat jalan, mulut cepat..emm mungkin kot..sebab dia kuat bebel.., bebel dalam bahasa jerman,

Sebenarnya tak ada apa cerita yang menarik nak cite pasal izzmi ni…sebab minggu ni bz jadi tak gi mana2 duduk rumah saja, pergi pasar malam yang dekat2 rumah itu jer. cuma ahad baru ni pergi nilai 3, cari hadiah hari bapa kat my father…., izzmi bagi hadiah apa kat abah..???? Izzmi kiss jer abah dia, sambil gigit pipi, mentang2 gigi dah banyak suka sangat gigit orang, aku pun dia suka gigit kat perut…abah dia kata sebab aku banyak isi, dah gemuk sebab tu izzmi suka gigit…

Btw…esok 19.06….hari jadi aku….yeah! dah tua pun….dah berada dalam era lewat 30-an hu..hu….

    Izzmi dah besar pun, tapi besar nanti jangan pandai pergi main game pulak taw..