Jom shopping kat Sogo.

Sejak duduk KL boleh bilang berapa kali aku ke Sogo, hampir 3 tahun dok KL adalah 2,3 kali ke sana. Bukan tak berminat atau pun tak teringin, tapi mengenangkan Sogo tue tempatnya sesak dan ramai orang, tambah pulak izzmi masih kecik lagi, buat aku jadi malas nak pergi. Begitu juga pasar malam jalan Tar..memanglah meriah tapi aku macam nak pitam kalau pergi situ..bersesak2 berlaga bahu, berlaga punggung tue yang membantutkan keinginan aku.

Tapi semalam, husband aku ajak juga pergi ke Sogo, ada members special day sale, plan husband aku nak beli susu izzmi jer ada sale, izzmi minum susu enfagrow honey, biasa dalam rm36 sekotak yang 650gm tue, tapi sale kat sogo semalam rm28 jer, emm dah murah banyak tue.., nak pergi siang, tak boleh!! tengah crowd kebetulan kat sogo ada event radio Era kat situ, so kita orang pergi malam lah, lepas maghrib gerak ke sana, sampai Sogo, orang sibuk nak balik, kita orang baru sampai..oklah tue, maybe dia orang nak balik jauh..naik lif terus ke tingkat bawah, cari susu izzmi tapi aikk!! kata ada sale kenapa harga rm36 jugak, husband aku tanya salesgirl kat situ, patutlah..rupanya kat tingkat atas, tingkat 7, naik lif lagi,..bukan sebarangan boleh masuk situ, ada security lagi, kena tunjuk kad baru boleh masuk. Wah meriah betul kat dalam tue..murah! murah semuanya!, kita orang banyak borong makanan, biskut, coklat, air soya, coklat Cadbury yang paling besar harga rm4.90 jer.aku rembat satu. Beli susu izzmi 7 kotak..ni tak tahu tahan berapa lama, izzmi ni adakala kuat menyusu 5, 6 kotak jugak sebulan. Kat situ ada jugak jual handbag less 70%, tapi oleh kerana intention aku bukan nak shopping barang2 macam tue, aku pun tak belilah…cuma jeling2 saja, lainkali lah beli. penuh kiri kanan tangan alia dan alissa bawak barang, aku jer relek sikit sebab dukung izzmi he..he.., tak boleh lepas nanti hilang. Aku tengok kat tepi2 dinding berhampiran escalator mesti ada notis, ‘terima kasih kerana mengawasi anak anda’  agaknya dia orang ambik inisiatif akibat kehilangan yin dulu. Yerlah kat sogo selalu ada sale giler2, mak2 asyik shoping sampai hilang anak.

Izzmi dalam dukungan abah dia

Izzmi dalam dukungan abah dia

Hensem anak mama, edit guna photoscape letak butterfly

Hensem anak mama, edit guna photoscape letak butterfly

Advertisements

Izzmi dapat adik baru..

Hi..hi.. mesti korang suspen kan..!! entry lepas sebut ..tak ada, negatif!! ni ada pulak, memang betul izzmi akan dapat adik baru, semalam balik sekolah masa jemput izzmi dari rumah baby sitter, akak tue bagitau aku….

akak: Petang ni ada orang nak merisik akak lagi…

aku: oh ye ke? Orang mana ni, keje office ke?

akak: a’ah keje ofis tapi tak tau lagi, baru nak datang merisik, rasa macam tak nak.., orang keje office sampai petang,

           penat!! kalau cikgu sekerat hari jer..petang dah boleh rehat, cuti sekolah pun boleh cuti.

Tentu kalian tertanya2 apa benda ni, apa kaitan merisik, meminang dengan dapat adik baru ni.., hemm baby sitter aku ni, ada orang datang merisik untuk jaga baby seorang lagi, baru lepas bersalin, akak tue bagitau kalau anak cikgu boleh rehat sebab half day, ni keje office sampai petang. Tapi entahlah..aku cakap kat akak tue, terpulang lah kat akak, kalau akak rasa sanggup, boleh buat, ambiklah. Siapa pulak aku nak halang dia untuk jaga anak orang lain..lagipun izzmi dah besar, aku pun  tak kisah sangat. Dan tak adalah aku susah hati nak ambik maid nanti, tempohari plan nak ambik maid, tapi kesian pulak kat akak tue, hilang pulak punca pendapatan dia. He..he…ada adik jugaklah izzmi ni, adik segera..terus dapat. Jangan di lepuk oleh izzmi sudah anak orang tue.., dengar cerita 15 tahun mak dan ayah dia kawin, ni baru dapat anak. Mesti sayang sangat kat anak tue yer la h15 tahun tunggu, baru dapat zuriat.

Suspen!! Suspen!!!!

Sepanjang minggu lepas, aku rasa letih, lenguh2 satu badan, selalu suruh alia dan alissa picit, izzmi pun picit jugak. Tapi dalam pada letih tue, kuat makan pulak, teringin nak makan itu, nak makan ni..fikir2 kenapa aku letih sangat ni..rupernya period aku dah overdue…, mulalah suspen, susah hati pun yer, susah2 hati kalau pikir aku berisi, izzmi belum pun 2 tahun, tapi kalau ikut tahun dah cukup 2 tahun, kesian kat izzmi, kesian kat aku juga, letih beranak kecik pun tak hilang lagi, ni nak tambah baby pulak…., tambah tahun ni aku nak konvo rasa tak bestlah terboyot2 nanti…aduhlah macam2 bermain di fikiran.., sampai tak lalu makan nasi aku.., psikologi agaknya, tekak rasa2 mual, loya….memang sah lah ni…, alia dan alissa macam suka jer nak dapat adik lagi, dia orang kata nak baby girl pulak, hubby aku pun kata..dia cuma nak sorang lagi.., lepas tue cukuplah….

Oleh kerana berada dalam kerisauan yang terlampau, aku buat self test, guna pregnancy test tu lah…, nak tahu apa resultnya……NEGATIF!!!! rasa lega, tapi ada juga rasa terkilan dalam pada tak nak tue..he..he.. bukan apa kalau aku pregnant aku akan bersalin dalam hujung september..boleh cuti panjang, sambung cuti sekolah.., dah siap2 beli susu alpha lipid lagi yang harga rm180, satu tin tue…kononnya untuk kesihatan, aku kan selalu bermasalah bila mengandung..dan yang buat tambah best pulak tue…sehari selepas test, bulan pun timbul!!! cissss!!! nasib baik pregnancy test tue free jer, kawan aku ada extra, kalau tak sia2 jer terbang duit aku rm20+

btw.., tahun depan lah kot…

Hero bertemu hero

Kira dah lama kita orang tak pergi shah alam, lama jugalah tak tengok adam ni, sepupu izzmi  ni, beza dua bulan jer, dalam 3 orang ni, izzmi, adam dan aidil,  adam lah paling cute dan kecik sekali, ikut mak dia kot yang kecik molek,

Sebelum pergi, aku masak mee kari untuk mak mertua aku, dengar citer dia tak sihat. Lagipun dia suka makan mee kari. Seperiuk aku masak, bawak pergi sana boleh makan ramai2. Sampai kat sana si adam ni, pandang jer, pikir2 kesian juga kat dia, mak dan ayah dia tak boleh cakap (bisu) tapi adam ni normal.Dalam seusia dia, sepatutnya dia dah boleh cakap sepatah dua perkataan, paling tidak sebut ‘mama’ atau ‘abah’ macam izzmi dah pandai cakap ‘mama nak air’ abah nak uit (duit)…he..he..tapi adam ni kalau bab2 menjerit serah pada dia, suara nyaring menusuk telinga, lasak pulak tue, main panjat2 sofa then terjun, risau aku tengok, izzmi pun apa lagi..ikut jugaklah, pergi rumah orang berebut bola, macam tak pernah jumpa bola, padahal kat rumah berlambak2 dah ada.

adam yang hero

adam yang hero

adam-dan-izzmi1

Alahai anak omak…

Anak omak ni..dah bosar dah.., dah pandai basuh kasut, tengok kakak2 basuh kasut sekolah, dia pun sibuk nak basuh kasut. pandai pulak memberusnya sampai tak mau berhenti, ajak masuk rumah mesti menangis punyer..adik nanti basuh kasut mama sekali tau…

Berus dik jangan tak berus (18sx)

Berus dik jangan tak berus (18sx)

apa ni!!! saman nanti, tangkap gambar adik tengah seksi nii

apa ni!!! saman nanti, tangkap gambar adik tengah seksi nii

Then petang pergi jalan2 kat putra jaya, my hubby nak hantar borang maid untuk mak mertua aku, sempat juga pergi ronda2 kat taman pertanian, tapi aku malas betul nak naik bukit kat situ, setakat tengok pokok belimbing, cempedak, nangka, kat kampung aku pun berlambak2. Kita orang just lepak2 dan makan kat situ, pekena ABC, roti john (sedap roti john kat situ).., memang bersantai betul, dikelilingi oleh bukit yang menghijau. Izzmi kontrol hensem kat situ he..he..

jangak1

mama, nak pergi washroom!!!

mama, nak pergi washroom!!!

Jalan-jalan cari pasal

Bosan lah duduk rumah…walaupun kerja berlambak2, rumah lebih pada tongkang pecah..tapi satu pun aku tak buat..kerja terlampau banyak tak tau nak buat , nak mula yang mana dulu..ambik yang ni..teringat yang tue,..ambik yang tue..teringat yang tadi tue deadline dah dekat..mampus aku!!! Last2 my hubby ajak keluar, cepat jer aku bersiap2 nak keluar…tapi bila di tanya ..kita nak gi mana, dia jawab entahlah…., hurmm dalam pada tak tau arah nak dituju, sampai jugak kita orang kat pekeliling, park keta kat situ, pergi naik monorail.., my hubby kata jom kita habiskan masa bawak izzmi naik monorail ke plaza central, uiihhh, lama jugak tue, izzmi excited lah dia..bila dengar tut..tut…stesen berikutnya…..!!!!! mula2 oklah tak ramai orang, tapi bila dah sampai bukit bintang dah jadi bersesak2 pening kepala aku.., nak tunggu sampai ke Kl central puas jugaklah, tue namanya jalan2 cari pasal.., sampai KL central..ramai jugak manusia, jalan2 keliling…then balik semula pekeliling naik monorail jugak, sampai lapar perut aku…terus makan kat gerai area pekeliling tue juga, walaupun was2 nampak macam tak bersih jer.., apa2pun tibai jerlah, izzmi pun makan mee goreng dengan berseleranya.Sampai rumah dalam pukul 10 malam..tidurlah apa lagi, esok nak sekolah, kena bangun awal.

izzmi bergayut dalam monorail, sengaja tak mau duduk atas riba aku.

izzmi bergayut dalam monorail, sengaja tak mau duduk atas riba aku.

penat sebelah tangan, bergayut 2 tangan

penat sebelah tangan, bergayut 2 tangan

Sebening matamu….

mata1
mata2
mata3

Gambar2 ini, aku snap semasa izzmi tidur dalam kereta dipangkuan aku, ketika ini aku dalam perjalanan untuk bercuti ke cherating, satu perjalanan yang panjang, ambik masa sehingga 14 jam…hu..hu..pengalaman yang menyedihkan..malas nak story about that…
Btw…cantiknya bulu mata izzmi, baru aku perasan bulu mata izzmi panjang betul……….(ikut aku kot ..he..he..)