Izzmi di Enfa A+ Smart Camp Mead Johnson club

Sebagai ahli kelab Mead Johnson, kami menerima jemputan untuk menyertai smart camp anjuran mead Johnson di Sunway Pyramid, dalam pukul 10.30 pagi dah gerak keluar menuju ke sunway, bawa izzmi lah ni untuk menyertai aktiviti2 kat situ, aku kata kat abah izzmi..izzmi ni minum susu orang kaya apa taknya satu tin harga rm80++, sebulan 3 tin. Izzmi minum yang flavour honey, yang biasa tue dia tak suka, maybe honey ni rasa manis2 sikit kot.

Sampai kat sana, dah ramai orang daftar izzmi, then izzmi pun turut sama daftar tapi takut takut, lepas daftar dapat laa satu kad, izzmi dikehendaki menyempurnakan semua aktiviti yang tersenarai dalam kad tue untuk  collect hadiah, tapi izzmi ni pemalu, kalau kat rumah dia lah hero, kat sana diam jer..orang tanya pun tak nak jawab, ada yang tanya what colour is this??? dia macam nak tak nak jer jawab, bisik jer kat abah dia he..he..apalah adik ni, ini mesti ikut mama dia yang pemalu ha..ha…

Kat sini aku sempat snap beberapa gambar guna hp murah aku tue..come on izzmi……

izzmi susun puzzle replika ikan

izzmi susun puzzle replika ikan

goncang2 botol untuk bezakan bunyi2an

goncang2 botol untuk bezakan bunyi2an

cuba masukkan bola golf kedalam klcc

cuba masukkan bola golf kedalam klcc

ketuk2 untuk dengar bunyi dan susun puzzle replika pokok

ketuk2 untuk dengar bunyi dan susun puzzle replika pokok

Dah selesai semua aktiviti, izzmi pun dapatlah hadiah, adalah t’shirt, beg, mainan, buku, gambar tak ada, aku tak snap, izzmi penat dan dah mula meragam, ingat nak beli baju raya kat dia, tapi dia dah meragam, mungkin sebab lapar, letih dan ngantuk so aku ajak abah izzmi pergi cari makanan untuk dia, pergi kat Donat JCO, izzmi makan donat kat situ dengan lahapnya, laparlah tue letih he..he..

terliur mama tengok adik makan, tak baik adik makan depan orang yang puasa he..he.

terliur mama tengok adik makan, tak baik adik makan depan orang yang puasa he..he.

dah kenyang sambung balik shopping baju raya izzmi, tapi tak boleh bertahan lama, izzmi meragam sebab ngantuk. Mengantuk tapi tak nak balik, nak main lagi kat club enfa grow tue, tadi malu2 tak puas lah tue,  tapi tak kira, aku tak larat dah nak layan kerenah dia, ajak juga abah dia balik, …dalam keta lagi izzmi dah terlelap walaupun puas dia memaksakan diri tak mau tidur sebab nak main lagi..last2 tertidur juga.

Advertisements

Kereta comel Hello Kitty

Dulu pernah terjumpa sekali kereta ni di foodcourt highway utara selatan, masa tue teringin nak ambik gambar tapi malu lah pulak, kali ke 2 terjumpa kat ampang, sempat snap gambar then letak kat blog ni.. ramai jugak yang minat dan bagi komen, macam lah tue keta aku, harap2 kalau tuan punya keta terbaca janganlah marah atau saman akak yer.., kalau owner tak suka akak publish gambar  keta kat blog ni, bagitau lah akak akan delete serta merta, akak teruja betul tengok keta tue, dari luar sampai dalam keta aksesori penuh dengan gambar hello kitty,

oh yer..semalam terjumpa lagi dengan keta ni kat bandar baru bangi, kat sebuah restoren, yang pasti ownernya pun makan kat situ, aku tak tau yang mana satu, tapi pada firasat aku milik 2 couple  yang duduk berdepan dengan meja aku.

Aku sempat snap gambar dengan hp murah aku ni…he..he..kalau aku masih remaja teringin gak nak buat keta macam ni tapi aku dah kertu ha..ha..

KANCIL KITTY2KANCIL KITTY3oancilkitty4KANCIL KITTY

Kena pakai mask (berjaga-jaga)

Risau dengan perkembangan terkini, dengan wabak H1n1, student sekolah aku pun ada yang positif, nak masuk kelas tue pun risau, anak jiran aku pun positif influenza A, kami satu family pakai mask bila keluar rumah, cuti hari minggu pun tak pergi mana2, takut nak pergi tempat awam.

mask

Cempaka Suite

Gambar2 anak2 aku ni diambil kat cempaka suite, tempat aku berkursus minggu lepas, memang best tempat ni, makan pun tersangatlah oknya…, satu suite 2 orang, kebetulan roomate aku pun orang KL dia tak tido kat sini, so aku anak beranak ber hu ha..dalam bilik ni..tapi cikgu2 dari negeri lain, kelantan, terengganu, sabah, sarawak, pendekata satu malaysialah berkumpul untuk berkursus kat sini tak ramai sangat cuma 52 orang, en. sairi kata next year dia nak bawak kita orang berkursus kat penang atau langkawi dengan tiket flight percuma……wahhh seerius aku tak suka…tak suka nak tinggal anak2…

Image1465Image1466Image1467Image1470Image1469

Main air kat taman desa………

Plan awal nak balik kampung, mak aku telefon suruh balik ambil air penerang hati untuk alia yang akan ambil UPSR tak lama lagi, tapi tak jadi balik, ada masalah berkaitan bibik mertua aku yang tak mau lagi keje, baru 5 bulan keje dah nak balik indon,  bila tak jadi balik kampung aku bercadang nak ke desa water park, pada mulanya dah ajak adik ipar dan biras aku di Shah Alam, masalah dia orang tak ada transport, suruh my hubby jemput di shah alam, susah jugakan..suruh dia orang datang ke rumah aku ni jer naik komuter then kita orang akan ke desa water park dengan 2 biji kereta, kereta aku dan kereta suami aku tapi dia orang kata naik komuter  orang ramai, susah tambah pulak ada anak kecik.  hemmmm biarlah..apa nak buat.

Then pagi ahad, aku dah rasa macam tak best nak pergi, kalau pergi ramai2 lagi best, lagi enjoy..tapi anak2 aku dah tarik muka 14..so nak tak nak..bersiap2 juga untuk pergi sana, bawak bekal meehon yang aku buat sarapan untuk pagi tadi..pukul 12 kita orang bergerak ke sana, tak sampai pun 10 minit dah sampai pun ke desa water park, bayaran masuk rm20 untuk dewasa dan rm16 untuk kanak2, izzmi free jer..ini kali ke dua dah kita orang datang ke sini, kali pertama masa izzmi tak ada lagi..

Wahh..izzmi sungguh teruja dengan air, walaupun time tu waktu tidor dia, tapi tak mengantuk lansung, aku dan anak2 aku sapu sun block kat muka takut hitam, walaupun sejak azali lagi dah hitam ha..ha…tapi tetap takut hitam..lainlah izzmi ngan ayah dia yang berkulit putih tue,

ok jom layan gambar masa di taman desa ..gambar aku tak ada sebab aku low profile lagipun aku takut hitam…

welcome to theme water park..

welcome to theme water park..

izzmi takut buaya

izzmi takut buaya

wah happy sakan..

wah happy sakan..

DESA4

Balik pukul 4 lebih, izzmi terus pengsan dalam keta tidur sampai pukul 7 malam, aku pulak kelaparan kerana makanan dalam tue tak sedap. mee hoon yang aku bawak telah di tahan oleh security kat pintu masak,  NO OUTSIDE FOOD, cehh..bawak meehon bodoh pun tak boleh ke?? my hubby kata sepatutnya meehon tue kena letak dalam beg pakaian, baru dia tak cekk, tengok kat dalam tue ramai pun orang bawak bekal, agaknya sembunyi kat dalam beg bajulah tue,anak aku alia alissa bengang sebab aku takut nak naik gelongsor air yang macam roller coaster tue, mati terkujat aku kat dalam tue kang, dahlah licin, bengkang bengkok panjang pulak tue…sorilah…itu bukan untuk fun lagi, untuk cari penyakit adalah..