Entry yang tertunggak

Birthday boy yang demam - tidur pun ternganga

Birthday boy yang demam - tidur pun ternganga

Dah lama entry ni tertunggak, dah lama ingat nak update pasal birthday izzmi ni, nak upload gambar2 tapi kesibukan yang melampau membataskan waktu cewahh…, leceh juga sebab gambar2 sekitar birthday izzmi guna kamera , nak transfer gambar lepas tue nak edit nak kecikkan gambar lagi, ambik masa juga kalau tangkap guna hp leh transfer guna Bluetooth ke laptop, saiz dah  tentu ngam2..tapi tangkap gambar birthday guna handphone tak cantik pulak sebab hp murah, gambar birthday nak simpan lama, buat kenang-kenangan.

Tapi kesian izzmi, di malam sebelum birthday badan dia panas, demam lah tue, keesokkan harinya tepat pada 15hb Mei, dikala umurnya genap 2 tahun, bday boy demam panas, aku pun terpaksa cuti sekolah hari tue, jaga izzmi yang meragam, tapi tengahari dia ok sikit, petang abah dia bawak balik kek, ada jugalah sesi meniup lilin sebagai memenuhi syarat untuk dijadikan kenangan hari tua izzmi he..he..walaupun birthday boy tak berapa nak ceria.

kek izzmi - sedap giler kek ni

kek izzmi - sedap giler kek ni

ala..ala cian dia demam pun kena paksa potong kek

ala..ala cian dia demam pun kena paksa potong kek

izzmi tak ceria walaupun dapat hadiah besar

izzmi tak ceria walaupun dapat hadiah besar

Happy Birthday To My Son – 2 years old

Selamat Hari Jadi Izzmi yang ke 2 tahun. Semuga izzmi jadi anak yang soleh. Nanti petang kita potong kek yer.

Dah 2 tahun.

Dah 2 tahun.

Pergi Pavilion cari hadiah untuk izzmi

Pilih adik, yang mana satu adik nak

Pilih adik, yang mana satu adik nak

Izzmi pilih yang ni, mahalnya dik, tapi tak pa abah bayar he...he..

Izzmi pilih yang ni, mahalnya dik, tapi tak pa abah bayar he...he..

wrapping hadiah kat customer services sabar yer dikk

wrapping hadiah kat customer services sabar yer dikk

dah siap makan kat Nandos - tangan comel izzmi nak capai jagung

dah siap makan kat Nandos - tangan comel izzmi nak capai jagung

petang nanti kita celebrate lagi yer, izzmi boleh buka hadiah tau…

Mihas dan Monyet

Hari Sabtu pergi tengok pameran Mihas, ahad buang masa tengok monyet, sampai izzmi tak mau balik, malas nak tulis panjang2, aku tak ada mood, uwaa….tesis tak siap lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

tempat berlansungnya pameran makanan halal antarbangsa

tempat berlansungnya pameran makanan halal antarbangsa

susah giler nak parking hari sabtu ari tue, punyerlah ramai orang, last parking kat sekolah  tadika untuk anak kakitangan kat situ.

booth yang ada kat dalam tue, macam kat jom heboh jer, cuma kat dalam ni ada aircond,

booth yang ada kat dalam tue, macam kat jom heboh jer, cuma kat dalam ni ada aircond,

booth2

izzmi dah penat, mula buat perangai

izzmi dah penat, mula buat perangai

 best tapi  tak   sempat berjalan kat dalam tue  lantaran izzmi buat perangai, dah boring kot, akhirnya terpaksa balik..then petang pergi tengok monyet kat Taman Tar, ni area perumahan orang kaya, kat area tue adalah hutan sikit, dimana disitu tempat tinggal monyet2 liar, tapi tak lah liar sangat, jinak juga, mungkin orang ramai selalu datang bagi makanan untuk monyet2 tue, aku notis stu family, monyet2 kat situ semua kenal anak beranak dia kot.dia bawak macam2 makanan untuk monyet2 tue, buah jambu, pisang, mangga, kacang tanah, siap kupas mangga bagi monyet makan lagi, monyet siap berdiri peluk kaki dia minta makanan, kalau aku tobat aku geli dan takut..he..he..

satu dua, monyet yang aku tangkap gambar, banyak lagi tapi aku takut nak pergi dekat

satu dua, monyet yang aku tangkap gambar, banyak lagi tapi aku takut nak pergi dekat

siap landinh atas keta monyet tue..

siap landinh atas keta monyet tue..

izzmi mula2 takut, tapi bila ajak balik tak nak, melalak2, tinggal kat situ dengan monyet baru tau.

Catatan hari ini

Cuti hari buruh, tak tau nak buat apa, tapi rasa best sangat bila kenangkan hari ni cuti, boleh lepak2 dengan izzmi kat rumah, layan kerenah dia ajer..

Bangun tidur bagi dia mandi, seronok mandi dalam kolam kecik sambil buat buih sabun banyak2 syhhh!!! kalau abah tau adik tuang separuh syampoo dalam air tue mesti abah marah tau..

kocak2 air jadi buih

kocak2 air jadi buih

dah lah adik..dah 40 minit mandi niii...

dah lah adik..dah 40 minit mandi niii...

Kerana kebosanan menunggu izzmi mandi terlalu lama, aku dapat satu idea, adik jom kita pergi tesco nak…kita pergi tempat mainan, izzmi dengan rela hati bangun dari kolam…jawap ‘jomm’   he..he..siap2 pakai baju semua, my hubby plan ajak pergi aquaria kat KLCC, memenuhi permintaan abang kimi, on the way aku ternampak kereta kancil hello kitty cute giler, sempat snap gambar dengan hp murah aku ni, siapalah empunya keta ni…..laki ke pempuan???

image1012

sampai KLCC, ramainya manusia, mana datang ni, nak cari tempat parking pun susah. nasib baik ada luck jumpa gak satu parking, mahalnya tiket nak masuk aquaria, rm28 untuk dewasa, rm22 untuk kanak2, kalau pelancong rm38. izzmi pulak macam tak enjoy jer kat dalam tue takut tengok ikan besar2 kot, ataupun sebab dia ngantuk. Sori lah mutu gambar kurang memuaskan, coz kat dalam tue tak leh on flash kamera jika nak tangkap gambar, takut ikan silau kot he..he..

image1021image1022image1020