Adik dah besar

adik mama dah besar, dah nak masuk 4 tahun, mama ingat nak hantar adik sekolah, tapi rasa masih terlalu awal baru 4 tahun, nanti jemu pulak jadi macam kebanyakkan anak murid mama yg sekolah tadika lama sangat sampai 3 tahun bila masuk sekolah jadi boring, kerjanya kejap2 nak keluar kelas kata nak pergi tandas tapi merayau2 jer lebih.

Semetelah adik sorang anak lelaki mama, teringin betul nak tengok adik jadi ustad, teringin betul mama nak hantar adik kat sekolah agama Al-amin yg famous kat gombak tue, masalah jauh lah pulak, transport tak ada, maka impian tinggal impian jer lah…

then abah kata mula2 bila umur adik 5 tahun hantar smart readers dulu, lepas tue bila umur 6 tahun hantar kat Al-Imtar tue..biar balance he..he.., untuk smart readers rasa tak jadi masalah berhampiran tesco ampang tue ada, provides transport lagi, leh suruh hantar ke sekolah aku terus sebaik saja habis sekolah atau transit kat umah baby sitter area kampung pandan tue jugak…mana2 pun boleh

Berangan jer mama ni adik, masa masih panjang lagi, adik ni mama kesian jugak nak berkawan tapi tak ada kawan, kakak2 dan abang semua dah besar2 semua tak mau main dengan adik kan..nantilah adik, mama hantar adik sekolah adik akan dapat ramai kawan ok