Cite pagi jumaat

Mc aku hari ni, semalam badan izzmi panas, demam patutlah kat rumah baby sitter mak dia cakap, izzmi angin tak elok hari ni, asyik nangis nak mama, nak mama..!!!!

Maka dengan hati yang tak senang aku terpaksa ambil mc…pagi tadi, walaupun dedar badan dia, tapi tetap aktif macam biasa……

tak ada apa nak buat, aku lipat kain yang menimbun2 tue, izzmi main sorang2,

izzmi:  mama ukak pintu, nak sidai kain

aku: kejap lagi sidai, kain belum siap mesin lagi.

izzmi:  Mama bukak lah pintu,

bosan punya pasal, aku pun bukak pintu dan grill, rupanya dia nampak anak kucing kat luar sedang tidur, suruh aku sidai kain sebagai alasan untuk dia keluar…

izzmi:   mama sian cat atii (mati)

aku:   cat tu tak mati, dia ngantuk jangan kacau dia tido

izzmi peduli apa, dia tetap kacau anak kucing tue, dia masuk rumah

izzmi: mama cat apar (lapar) cat nak mamam..

aku bagi keropok kat izzmi dia pun cepat2 pergi bagi kat anak kucing, last2 anak kucing tue tak nak makan dah, apa taknya, nak makan pun tak senang, izzmi asyik lepuk dengan penyapu

izzmi: mama cat tak nak mam

aku: biarlah dia tak nak mam, tuu…ada cat besar, mama dia lah tue…panggil mama dia suruh makan

izzmi:  mama dier…mama dier…meh akan (makan)

aku:  tergelak….bukan panggil macam tue lah, mama cat…

izzmi:  mama cat, mama cat sinii…makan!!!!

aku: !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! sejak izzmi genap 2 tahun dia dah pandai bercakap, petah sekali, hurrmmm ikut baby sitter dia lah yang over peramah tue…

Advertisements