Alamak!!!

Alamak anak babysitter aku kena chicken pop..!!! Aisey aku dah susah hati..mesti jangkit punya, anak dia pun dapat dari jiran sebelah rumah. Macamanaa yer…nak bawak izzmi lari kemana??? Tumpang nurseri?? Izzmi ni bukan nak pada orang yang tak biasa dengan dia…, nak panggil orang tua jaga…!!  Dia orang pun dah tua..uzur, tak larat nak jaga cucu. Bagi aku kalau nak kena..biarlah izzmi besar sikit..sekarang kecik lagi kesian dia…

Aku..suggest pada my hubby untuk ambik suntikan vaksin, ada orang cakap 2 minggu baru efektif vaksin tue, ni nak protect on the spot, yer lah pembawa virus dah ada.., kalau aku tau dari awal2 lagi jiran baby sitter aku tue kena chicken pop, dah tentu awal2 lagi aku bawak izzmi cucuk.

Fikir punya fikir, aku dan my hubby decide nak bawak juga izzmi ke klinik, pergi KLINIK KITA  tak ada provide suntikan tue..then pergi klinik lain…tanya doktor tue, dia cakap vaksin tue..adalah virus hidup yang boleh beri protection segera…hemmm..aku berharap sangat ia effektif dan berdoa semuga izzmi takkan dijangkiti demam campak tue…dalam masa 3,4 tahun nii..insyaallah!!!  Boleh tahan ongkosnya satu suntikan vaksin rm120.00…..abah dan mama sentiasa berikan yang terbaik untuk anak mama niii…, muga izzmi sentiasa sihat dan ceria selalu  ..amin ya rabbal alamin!!!

Sorilah ..kalau bahasa aku tunggang langgang, sekarang ni..kreativiti mengarang aku dah semakin berkurang, agaknya lama dah tak praktik, mengajar pulak tahun satu, idea tue berada di aras yang paling rendah sekali, ayat2 darjah satu lah katakan..he..he..

Yey! i’m back!

Lama dah aku tak update blog, boring punya pasal, semetelah tak ada story yang best nak kongsi dengan korang, cuma yang biasa2 ..dan tak ada yang luar biasa.

Cuti sekolah seminggu, petang jumaat dah cabut balik Kelantan coz my MIL buat kenduri doa selamat pindah rumah baru, sekarang duduk di Pasir Mas bukan lagi di Kota Bharu, semua balik, termasuklah adam dan aidil (2 Abdul ) ..cuma aidil sekejap saja coz ipar aku tue tak ambik cuti, so izzmi dan adam jer lah beramah mesra kat sana he..he…, adam dah pandai jalan walau pun belum cukup setahun.

izzmi tarik kaki adam

izzmi tarik kaki adam

 

Izzmi jeles adam dah pandai jalan..tarik adam merangkak sama

Izzmi jeles adam dah pandai jalan..tarik adam merangkak sama

Adam nak babab izzmi dengan hanger

Adam nak babab izzmi dengan hanger

Sori mutu gambar kurang memuaskan, tak taulah salah setting agaknya, 3 hari kat kelantan, aku terus balik ke kampung aku di Pahang, duduk di sana sampai habis cuti, tapi abah izzmi terus balik KL sebab dah kena keje.., kat kg aku izzmi asyik meragam jer, aku nak masak pun tak leh, jom kita tengok aksi2 izzmi di kampung aku pulak.

izzmi nak urut atas kerusi OGAWA tok wan

izzmi nak urut atas kerusi OGAWA tok wan

Tolong mama sapu sampah.

Tolong mama sapu sampah.

Tue lah cuti aku habiskan masa di kampung, tolong orang tua masak, izzmi pulak belajar mengenal ayam he..he… hari2 tengok ayam, nanti dah berjalan boleh kejar ayam tok tiap2 hari he..he…,

Penyudahan cuti yang tak best Izzmi demam kena ulser, meragam, tak boleh makan dan minum susu, menangis tak henti2, kesian sakit sangat agaknya. Isnin tue aku Mc jaga Izzmi kat rumah.

izzmi demam...kesian dia!!!

izzmi demam...kesian dia!!!

what eva in my life…so bored…..!!!!

  • kerja ,boring jugak..
  • mengemas, lagiii boring,
  • masak, kadang2 boring kadang2 tak.
  • makan????  Boring tak tau nak makan apa sekarang ni…
  • tidur, tak berapa nyenyak..tak berapa lena kadang2 boring jugak nak tido,
  • jalan2, tak tau nak jalan mana dah kat Kl ni semua tempat dah pergi dan boring.
  • balik kampung, kampung sendiri pun boring apatah lagi kg orang lain…
  • Tengok tv, asyik2 cite yang sama boring..
  • Surf internet, boring sebab izzmi selalu kacau, boring sebab internet slow.
  • lipat kain, memang kerja yang boring.
  • Mop lantai, kategori kemas rumah, bila tak ada mood boring nak buat.
  • Shopping, rasa macam nak beli semua barang tapi boring duit tak ada..
  • cuci kereta, adehlah…dulu kat bentong aku rajin basuh keta, kat sini dah boring dah tak buat keje2 tue.
  • Baca magazine…, emmm ok jugak tapi sekarang ni tak tau nak baca magazine apa, dulu rajin beli pa & ma, sekarang ni tengok pun dah boring apatah lagi nak baca…

Pendekata semua memboringkan, sapa2 pakar motivasi boleh tak advise aku,  kenapa aku boring sangat bagi tips yang boleh membantu  untuk aku buangkan perasaan boring yang terlampau  ni…, rasa macam hidup aku tak bermakna…..dan bosan!!!!!!!!! entah2 aku ni dah nak mati kut…

kenapa aku selalu boring????

Kenapa yer adik…, mama selalu boring, setiap hari perkataan boring akan keluar dari mulut mama, boring here ..boring there..rasa hidup macam tak bersemangat..hari2 macam sungai kelang jer mengalir lesu…, tak tahu lah sampai bila akan berakhir….

nasib baik adik mama ni hensem tengok muka adik hilanglah bosan sekejap…

Syukur padaNya

Aku bersyukur kehadrat illahi atas nikmat dan kurniaanNya pada aku, Bila direnung2 kembali hidup aku sekarang berbeza dengan dulu, Tuhan murahkan rezeki ….kehidupan sekarang lebih selesa, Dulu walaupun aku susah, aku selalu optimis pada hidup dan masa depan, selalu aku berkata dalam hati, suatu masa nanti aku akan senang juga, aku takkan selamanya susah..dan selalu aku niatkan dalam hati apa jua aku buat demi anak2..aku ikhlas untuk anak2, setiap kali aku akan menduduki peperiksaan di universiti aku selalu sematkan di hati, aku buat ini untuk anak2, aku belajar untuk segenggam ijazah, demi masa depan anak2. Walaupun ada yang pandang rendah dan memperkecilkan aku, aku sentiasa optimis.Kalau niat kita baik dan ikhlas kita akan dapat ganjaran dari Tuhan. Dan alhamdulilah tuhan permudahkan laluan hidup aku, aku berjaya naik gred dalam jawatan aku sekarang dari gred DGA29 kepada DG32, kalau dalam bidang perguruan sama gred dengan penolong kanan sekolah rendah, then dalam masa yang sama kerajaan buat pelarasan gaji untuk kakitangan kerajaan, alhamdulilah gaji aku sekarang  dah lebih pada cukup.. Insyaallah tahun depan bila aku telah selamat habis belajar dapat naik gred lagi ke gaji guru berijazah…, ini semua untuk anak2 aku yang 3 orang ni…alhamdulilah! syukur.!!

Hari ni aku terasa nak muhasabah diri pagi2 Jumaat ni, tadi dengar ceramah agama kat sekolah, Program Israk Mikraj…, dah lama aku tak isi jiwa aku dengan santapan rohani, itu yang buat jiwa aku kosong, hidup terlalu sibuk dengan kerja dan anak2..balik rumah dah letih, malam pukul 10 dah tidur, ni ramadhan menjelang lagi, teringin juga nak berterawih tapi ..ada izzmi ni tak tahulah…berterawih dengan izzmi jer lah kat rumah….He..he…teringat anak mama, semalam ragging mama sepanjang hari tak nak tidur siang, mama punyalah mengantuk sebab malam tue juga dia tak nyenyak tidur..ingat petang bolehlah tidur kalau dia tidur, rupanya tak….malam pukul 9.30 baru tidur….letih betul aku.

Puas aku edit

Dah letih aku mengedit entry pasal Melaka tue..tak taulah kenapa masih jadi macam tue ada gap antara satu phrase dgn yang lain, gambar pun macam tue jugak, kena tanya sifu akulah zairol, ataupun biar jer macam ni janji boleh baca betul tak??? Dahlah sekarang ni aku malas betul nak update blog..biarkan jer lah

Melaka – Disini Segalanya Bermula

Melaka –  Meninggalkan banyak nostalgia untuk aku, 3 tahun belajar kat Maktab Perguruan di situ, of course lah teringin nak pergi kesana semula, 2 tahun lepas pergi honeymoon, anak2 tak ikut, kali ini bawak anak2 pulak, dia orang pun dah besar, dah pernah belajar sejarah, aku nak suruh dia orang tengok sendiri bandar  peninggalan sejarah yang ada di Melaka. Kalau dulu, Landmark nya  Melaka – Disini Segalanya Bermula,  sekarang aku tengok dah bertukar kepada Melaka Warisan Dunia, Melawat  Melaka beerti melawat Malaysia.

 Tapi yang tak bestnya panas kat Melaka ni, tak macam cameron Highland, Bertolak dari rumah pukul 9.30 pagi, sampai Melaka dalam pukul 12.30, first, pusing satu bandar Melaka nak cari Hotel, sebenarnya my hubby dah booking satu hotel, tapi survey jugak hotel lain kot2 ada yang lebih ok, pergi Equatorial…tak ada, dah penuh, Holiday Inn, mahal pulak rm400 nett, Hotel Mahkota pun penuh, Last2 decided pergi cari Hotel yang dah booking tue…,  dah berpusing2, pelik system jalanraya kat Melaka ni dah tue tak  friendly visitor, signboard tak jelas, traffic light punyalah banyak, satu2 traffic light tue ambik masa bukan main lama 99 saat, berjanggut tunggu…he.he..Sapa sangka rupanya hotel yang dah booking tue rupanya quite good, besar dan cantik gak, siap ada swimming pool, bath –tup, dan breakfast free untuk 2 orang..Kalau tahu awal2 lagi terus ke hotel tue, tak adalah terpusing2 kat Bandar Melaka tue.   

 

Hotel Legacy yang kita orang tidur, nampak macam blur sikit sebab baru lepas hujan.

 

 

 

Sampai hotel check in, rehat sekejap keluar berjalan ke Bandar Hilir, pergi Dataran Pahlawan, banyak yang dah berubah, sekarang dah ada Menara Taming Sari, Menara berbentuk keris, tak ada lagi gerai2 jual cenderahati kat tepi2 jalan macam dulu, dah pindah kat satu floor  di dataran Pahlawan tue, aku belikan baju untuk alia dan alissa, my hubby beli apa benda ntah nama tue yang kita gantung kat rumah bila angin tiup bunyi bergemerincing, anak2 aku sibuk beli  key chain yang boleh tulis nama tue…Izzmi dan aku ajer tak ada apa lagi…nak beli baju tak ada yang berkenan.Tangguh dulu tengok kat tempat lain pulak kot2 ada. Aku dah nak balik hotel penat, Izzmi pun dah ngantuk nak tido..

 

 

 

 

 

 

 

 My doters posing kat dataran pahlawan

Sampai hotel hilang mengantuk izzmi, mulalah nak buat aktiviti rutin dia, menjelajah satu bilik, kena tutup semua lampu dan langsir bagi gelap konon2nya dah malam nak suruh dia tidur..he..he…, then malam..untuk menyempurnakan hajat aku sekian lama, kita orang plan nak gi dinner kat medan ikan bakar, di umbai atau serkam, ni pun susah jugak 2,3 kali pusing cari jalan ke umbai, masalahnya kat Melaka ni. Sign board nya ada satu jer..contoh kat jalan besar ada signboard ke umbai, tak tulis pulak berapa Km, tak ada follow up sign board,  yang kita orang ni meraba2 lah, betul ke jalan ke umbai ni.., tadi simpang kat luar tue tunjuk arah sini, tapi lepas tue dah tak ada sign board  Umbai  dah…, penyudahnya my hubby Tanya orang.. memang banyak medan ikan bakar kat area ni, dah tak tahu nak choose mana satu, kat Alai, Umbai atau Serkam, kita orang pilih untuk makan kat medan ikan bakar terapung di Umbai, punyalah ramai orang, ntah mana datangnya…agak  frust sebab tersalah pilih kedai, nak cepat sangat pakai masuk jer tak survey dulu, rasa macam tak puas jer makan ikan bakar, sebab tak ada  air asam, kalau ada air asam, cicah sotong bakar, ikan bakar, kerang bakar tentu sedapp…tak pa lah lain kali aku ingat nak datang lagi.Balik hotel sampai pukul 11 malam, semua terbongkang tidur letih, izzmi jer tak tahu letih, asyik nak main tak nak tido.

Izzmi kena marah, abah suruh tidur.

Izzmi mamam kuey taw

Izzmi mamam kuey taw

 

 

 

 

 

 

 

 

 Then pagi ahad, bangun pergi breakfat kat hotel, izzmi  makan bubur nasi dan omellete minum jus mangga he..he…dah breakfast budak2 sibuk nak mandi kat swimming pool, pergi jugalah teman kan dia orang, izzmi takut air, menangis dia, nak naik, tapi bila naik sibuk nak turun balik dalam kolam, naik turun, naik turun..adehlah, last2 abah dia bawak masuk mandi dalam hotel

 

 

 

 

 

 

 

 

Seksi lah adik niiii

Seksi lah adik niiii

 

 

 

 

 

 

 Pukul 12 kita orang dah berkemas2 nak chek out, plan pergi banda hilir, kat situ alia dan alissa melawat replika kapal, dan naik beca…seronok dia orang dapat naik beca, Izzmi pilak tidur keletihan, lunch kita orang makan kat food court  kat area situ, then sempat lagi aku beli baju untuk aku dan izzmi,…

 

Izzmi naik beca juga

Izzmi naik beca juga

 

 

 

 

 

 

Pukul 3 petang kita orang bergerak untuk pergi ke zoo Melaka, murah lagi zoo kat sini banding ngan KL, oleh kerana semua dah penat, kita orang naik keretapi kelliling zoo…Izzmi excited tengok binatang rupanya, maklumlah tak pernah tengok, pelik dia tengok zirafah, lembu, gajah, monyet, burung..tapi bila bawak pergi dekat untuk tangkap gambar dengan kuda dan gajah, menangis pulak..takut!!! He..he….

 

 

 

 

 

 

izzmi takut kuda

izzmi takut kuda

 

 

 

 

 alia dan alissa bagi gajah makan tebu

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lastly pukul 5.30 kita orang gerak balik KL, penat giler, sampai dalam pukul 7.00 mlm,Kalau tak awal lagi sampai, tapi my hubby saja nak balik ikut jalan kampong dah tersesat cari jalan tak jumpa.

Lain kali aku akan datang lagi ke Melaka, banyak lagi tempat yang belum habis melawat, hajat nak tunjuk maktab tempat aku belajar kat anak2 pun tak kesampaian, sebab kesuntukan masa, tambahan pula cuaca panas, badan pun letih. Aduhlah penatnyer mengarang ayat, kalau ada bahasa lintang pukang tue..sorilah yer..!!! nanti aku edit….den dah ngantuk nak tido…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.