Izzmi dah 3 tahun

Cepatnya masa berlalu, pejam celik, pejam celik dah 3 tahun pun izzmi, blog ni pun seiring dengan usia ni..maknanya blog izzmi pun dah 3 tahun lah yer, rasa macam baru semalam izzmi lahir, dengan comelnya, putih gebunya dengan tembamnya…tapi itu dulu, sekarang masih putih lagi cuma tak berapa gebu sebab dah semakin lasak, dah tak tembam sebab tak suka makan…hobinya memanjat sana, memanjat sini, dah hobi terbaru yang buat aku dan hubby penig minat pada ultraman.., asyik2 nak tengok cite ultraman tak boleh tengok kat tv, nak tengok kat youtube, itu belum lagi koleksi permainan ultraman yang dia nak beli setiap kali pergi shopping dari sekecik2 ultraman hingga sebesar2 ultraman semua dia ada, dari semurah2 harga rm2 sampai semahal2 harga rm70 ..adehlah pening kepala aku suami isteri, semua nama ultraman dia hafal, dyna, taro, mebius, gaia, cosmos,,ntah apa mak nenek lagi nama ultraman..

kadang2 aku terpikir…kenapalah anak aku jadi macam ni…bila aku ingat balik, dia mula minat ultraman kat umah tok wan dia.., masa balik kg, kat sana tak ada chanel kartun kat astro, so izzmi tertengok kat channel ceria cite ultraman ni, sejak tue lah dia minat ultraman..sampai jadi masalah besar bagi aku bila pergi shopping complex dia nak beli ultraman, kalau tak beli dia guling2 dan baring kat lantai, berapa kali dah dia kena cubit, lepuk ngan abah dia..tapi tak serik2…

Btw…izzmi celebrate birthday kat restoren Jepun, lepas tue pergi naik kuda kat taman tasik titiwangsa, tak potong kek kali ni..sebab pikir kan seisi rumah dah muak makan kek…

Advertisements