Jom..jom..jom..heboh.. heboh..

Aku tolong iklan untuk tv3 he..he..petang ni nak bawa izzmi ke tempat paling serabut dan bising Jom  heboh..kat Bukit Jalil, aku bukan suka sangat pun pergi jom heboh ni sebab bising, manusia pun ramai, serabut!..tapi abah izzmi ni nakcari barang apa ntah kat situ, tahun lepas pernah bawa izzmi pergi masa tue dia baby lagi..baru 3 bulan..pergi sekejap then balik sebab tempat macam tue tak sesuai untuk baby..kecik dengan orang ramainya, penyakit pun mudah merebak..muzik pulak pasang bukan main kuat lagi boleh pecah gegendang telinga baby.

Advertisements

His playpen

Ini bukan iklan, tapi kalau nak dikatakan iklan pun boleh jugak..playpen ni kita korang beli masa aku mengandung 35 weeks, beli kat Anakku harga kalau tak silap aku lebih kurang rm399, punya excited nak beli playpen ni..nak letak dalam master bedroom, izzmi lahir boleh tidur dalam tue. Bila bersalin dalam pantang aku berpantang kat kampung, dan sudah semestinys izzmi fully breastfeed, tidur dekat aku jer..senang nak bangun, then dah balik KL..habis pantang, ingat ke nak letak izzmi tidur dalam playpen tue..problem yang sama juga, susah nak bangun menyusu izzmi malam2, nak angkat naik turun dari playpen dia tue, dah tue izzmi pulak tak mau lansung duduk dalam tue, letak jer mesti nangis..naluri seorang bayi dia mesti kenal bau ibu dia..automatik dia rasa selesa bila dekat ngan ibu, ataupun dah jadi tradisi orang melayu…(aku masih melayu konvesyenal) baby mesti tidur dekat ngan ibu..sebelah ibu, berbeza dengan negara barat, baby yang baru lahir  dah tidur dalam baby cot..dalam bilik berasingan..melalut dah aku ni…

So sampai sekarang belum pernah sekalipun izzmi tidur dalam playpen dia tue…ada sekali dua aku letak dalam tue, tapi tak sampai 10 minit dia dah sibuk nak keluar….ntah apa dia fikir, kurung dia dalam tue macam penjara jer..he..he…aku fikir kalau ada orang nak ..aku nak jual jer playpen ni, buat serabut bilik jer..kadang2 jadi tempat letak barang…so sesiapa yang berminat boleh hubungi aku sekarang…hu..hu marah pulak laki aku, pandai2 jer nak jual without his permission….

Izzmi in his playpen, iklan ni…!!!(SORI PELAKON IKLAN BELUM MANDI PAGI, RAMBUT SERABAI)

 

 

Tinggal berdua

Tadi hantar kakak2 izzmi balik kampung, tinggallah aku berdua dengan izzmi, abah dia pukul 6 baru balik…emmm..rasa best jugak aman dunia sekejap,  izzmi pun boleh tidur lena tak ada orang nak bising atau gaduh tepi buai dia.. dalam masa yang sama boring pulak..aku jadi kelam kabut sikit tak ada sapa nak diharapkan untuk jaga atau tengok adik sementara aku nak masak, mandi dan apa2 lagi, kenalah tunggu izzmi tidur untuk buat semua tue…ni dia tengah tidur lah aku taip post ..he..he…sekoman2 alia..dia dah pandai kemas2 rumah serba sikit..bolehlah harap..tengok2 adik, alissa ni..brutal sikit, izzmi tak suka kat dia, ganas kalau main dengan adik, cakap pulak jerit2, kalau izzmi nangis jaga dalam buai, kalau alissa yang pergi buaikan ..lagi kuatlah izzmi menangis..siap tendang2 kaki lagi tak suka alissa datang. Kalau alissa nak pergi ambik dia…cepat2 izzmi merangkak tak mau kat alissa, siap marah lagi..he..he…tu lah sapa suruh garang dengan adik, lainkali kena lemah lembut dengan adik taww….

Ribena dan Lemon

Iklan favourite izzmi ni..kalau tengok iklan ni tak berkelip2 mata dia, kalau duduk dalam buai terus tak jadi tidur..dengar intro aaaaaaa……dari iklan ni pun dah cukup..mesti cari punya kadang2 ikut sebut aaaaaa……tak tau lah kenapa dia minat sangat iklan ni..minat kat karektor ribena dan lemon tue atau tema iklan tue bertemakan lagu hindustan atau penataaan warna yang buat izzmi tertarik…sampai tak berkelip2 mata kalau tengok iklan ni.

Seronok ekk…

Best ke cuti ni? Memanglah best..boleh lepak2 kat rumah layan anak2, tapi sebenarnya jadi surirumah penat..kalau diukur dalam jarak KM para surirumah berjalan dalam rumah untuk mengemas, memasak, basuh kain, sidai kain..entah berapa ratus KM sehari..tapi masalahnya..walau dikira exercise tapi tak kurus2 pun he..he..tambah2 kalau ada baby macam izzmi ni ..kena ikut dia merangkak sana sini, bukan apa dia tue macam Majlis Bandaran..suka kutip sampah2 atau benda2 atas lantai..then test masuk mulut…dari sebesar2 hingga sekecik2 sampah dia memang peka..sampai biji anggur yang kecik tu pun dia nampak. Mentang2 baru baik demam dah aktif balik…

Cite pasal sakit ni..2 bulan lepas, masa izzmi demam, ada “benda” lain menumpang izzmi, dia selalu menangis tak boleh tidur, asyik terkejut saja, tengah2 malam pukul 2 dia menangis sambil pejam2 mata.., suami aku kata ni menangis lain macam ni..dia bawa izzmi keluar bilik turun bawah..aku pun mula lah seram…10 minit pas tue dia bawa izzmi masuk bilik semula, suami aku cakap kat izzmi, dah tidur abah dah suruh dia balik.., aku pulak sampai pagi tak leh tidur, suami aku tanya pernah bawa adik pergi rumah sebelah..tak? Aku jawab memang ada, baru ni kawan aku datang nak tengok rumah sebelah, aku ikut sekali bawa izzmi, rumah sebelah tue dah lama kosong, owner dah pindah tempat lain, jadilah rumah untuk di jual, pandai betul benda tue pilih baby, sedangkan kawan aku pun bawa baby juga, tapi izzmi yang dia berkenan..Suami aku cakap benda tue menumpang izzmi sebab tue bila izzmi tidur izzmi selalu terkejut dan menangis, benda tue kejutkan izzmi nak ajak main. Izzmi pulak takut tue yang nangis pejam2 mata.

Tak lama lepas tue, masa suami aku sakit, aku, izzmi dan suami tidur kat ruang tamu, malam tue aku mimpi, perempuan tua tapi suara macam budak minta izin nak masuk rumah  nak main dengan izzmi, aku baca ayat kursi banyak2, dia merayu2  nak  masuk dalam rumah nak jumpa izzmi, aku terjaga..aku pandang izzmi sedang tidur lena, baca ayat kursi hembus kat ubun2 sampai ke kaki. Pada keesokkan hari aku cerita kat suami, suami aku kata…benda tue dah tak boleh masuk sebab dia dah pagar rumah….hu..huu seram aku!!! Sampai sekarang izzmi selalu sakit dah banyak kali dah kawan aku suruh bawa izzmi jumpa satu ustad yang dok kat shah alam tue..tapi tue lah..dengar cite ustad tue selalu tak ada..selalu keluar daerah.