Bercuti kat Kampung Mama

Sebenarnya dari malam tadi aku nak update blog tapi tak sempat, gambar2 pun tak upload lagi, so hari ni sebaik saja balik dari meeting yang mengambil masa 6 jam tue..aku pun on laptop..he..he. dah ada wifi kat umah senang sikit, sambil2 baring pun leh update blog.

Aku balik kampung hari khamis lepas, kami 4 beranak jer balik, ikut adik aku.., pada awalnya rasa best jer maklumlah balik kampung sendiri tapi..yang jd tak best izzmi kuat meragam, asyik nangis jer.., nangis nak berdukung dan pegang kaki aku, mak aku kata..mungkin dia teringat kat rumah Kl, lagipun abah dia tak ada..tue yang dia rasa macam tak complete kot..aku pun macam2 buat nak pujuk dia..bawak pergi  tengok ayam lah.., ajar baling cicak kat dinding..lah, ajar main hujan he..he…nasib baik tak demam, tapi mak aku kata hujan kat kampung tak pa, tak banyak asid, aku pun tumpang sekaki gak..main hujan.

Izzmi ni..bukan semua orang dia boleh get along, yang dia mau dengan paksu dan tok wan dia, cuma tok wan jer yang tak boleh nak dukung dia..(tangan ayah aku tak leh gerak sebab stroke) yang lain kirim salam lah, tambah lagi kalau perempuan lagi dia tak nakkk….

Buah apa ni!!!!

Buah apa ni!!!!

 

lepak2 sambil tengok Tv dengan tok wan

lepak2 sambil tengok Tv dengan tok wan

 

Mengaji iqra dengan tok (sebenarnya ngacau jer tue)

Mengaji iqra dengan tok (sebenarnya ngacau jer tue)

muka..masam betull!!!

muka..masam betull!!!

Muka izzmi kat sana asyik muncung jer..tensen aku, tapi oklah balik kali ni sempat juga aku pergi berjalan2 umah kakak aku, pergi tengok rumah baru kak yam, dan balik  singgah karak rumah kaka na, lama dah tak jumpa dia.

Berlabuhnya tirai 2008

Tirai 2008 akan berlabuh…,maka usia izzmi akan menginjak ke 2 tahun, macam dah besar anak mama..izzmi  kena belajar untuk  tak pakai pampers lagi, kena tunggu dia pandai cakap, setakat ni bila dah po po baru bagitau, maa…sambil tunjuk pampers maknanya suruh cuci lah tue, lagi satu adik ni kena belajar bercerai susu badan, nabi pun galakkan anak2 menyusu badan sampai 2 tahun saja, so adik..bila dah dekat2  dua tahun kena belajar untuk minum susu formula sajalah no more breast feeding…, tapi bab minum susu formula pun adik juara jugak, sebulan 6,7 kotak habis, geleng kepala abah…makanan solid tak nak, susu jer yang dia tau, yang paling aku worried dia dah pandai makan junk food, sweets, ni kakak2 dia lah ajar ni, dah lah nak gosok gigi bukan main susah, macam kena hysteria kalau aku gosok gigi izzmi…

Apa yang manisnya tahun 2008, selain izzmi membesar di depan mata, step by step, sambut birthday yang pertama, mengorak langkah pertama  di kala umur 1 tahun 3 bulan, sepupu2 dia yang jauh lebih muda dah berjalan dulu…tapi anak mama slow and steady kan….Cuma  sampai sekarang izzmi air liur tak berhenti keluar, hemm…gigi dia ni tumbuh dengan pesat non stop, lepas satu, satu naik, banyak kalsium kot dalam badan, aku rasa sebulan 2 lagi, gigi susu dia complete, itu yang aku berusaha untuk gosok gigi dia selalu, orang kata kalau cepat tumbuh cepat rosak…

Apa harapan mama…pada anak mama ni!!!!. Mama harap adik sentiasa sihat, membesar dengan sempurna, tak banyak ragam, jadi anak yang baik. Mama tak mau adik dilaburkan dengan kebendaan sgt..maklumlah adik anak bongsu, abah dan mama sekarang berada dalam konsisi yang stabil dari segi kewangan, so adik Nampak mewah, itu yang mama risaukan. Mama harap selepas ini adik tak dimewahkan sangat, biar sederhana..sementara adik masih jadi rebung, ni kalau dah jadi buluh susah nak lentur nanti

Bukan senang nak….

Entry kali ni menyentuh pasal kerenah anak2 aku, as usual setiap kali cuti sekolah abang izzmi yang sulong akan tinggal dan menghabiskan cuti  bersama abah dia, dengan perkataan lebih mudah his my stepson ..kawan aku suruh aku buang perkataan ‘step’ tue..dont ever use it again..supaya tak ada gap antara aku dan dia. Tapi seiring dengan usia perkahwinan nak aku rasa gap tue dah makin menipis..kadang2 bila berjalan macam sweet jer..aku ada 2 anak lelaki, dan 2 anak perempuan, Cuma anak perempuan berkulit hitam manis, anak lelaki putih, tapi hakimi ni sejak besar dah gelap..masa kecik putih melepak macam adik dia juga.

Bila dah ramai memang memang pening, maklumlah budak2, setiap hari ada jer benda dia orang nak bergaduh dari perkara sekecik2nya, hingga sebesar2nya..memang tensen jugak..tapi bak kata kawan aku yang ada sarjana dalam psikologi, perkara itu normal sebagai satu proses penyesuaian…lama2 dia orang akan jadi rapat macam adik beradik…, adehlah memang betul tapi kalau kita hadapi setiap hari memang  biul…bilakah masanya itu yang dia orang dah mesra macam adik beradik 5 tahun atau 10 tahun lagi.., harap2 cepatlah budak2 ni matang supaya dapat berfikir mana yang baik mana yang buruk.

Oleh kerana dia jarang datang sini tak adalah aku nak marah atau bebel kat dia sangat, tak mau nanti jadi ibu tiri macam cerita laila majnun tu, seboleh2 nak buat dia rasa selesa, rasa diterima, tapi selalu di ‘argue’ oleh dua orang anak aku tue..why he can  but we don’t…, selalu aku bagi alasan ala biarlah..nanti dia tak ada korang main lah puas…sekali 2 kali dia orang boleh terima lah tapi bila banyak kali, tarik muka…emmm… now! Aku dah buat peraturan,

Ok, Korang tulis kat kertas, slot tv kegemaran masing2, dan nak main game kat komputer..sehari  1 jam jer.., bila dia orang dah pilih, aku tandatangan, ada syaratnya, waktu sekian2 yang dah dipilih, orang lain tak boleh kacau, peraturan ni berjalan jika korang tak bergaduh…kalau bergaduh terbatal semua tak leh tengok tv…dan kertas tue kena jaga elok2 di bawah tanggungjawab masing2, kalau hilang ia akan terbatal dengan sendirinya….hemm ..it’s really work, tapi tak tau lah sampai bila boleh bertahan…aku ingat masa aku kecik2 dulu sepupu aku ada duduk bersama dengan kami, masa tue aku kecik lagi, abang dan kakak2 aku rajin bergaduh dengan dia, siap tulis2 kat dinding lagi..kadang2 siap halau balik..suruh dia balik rumah dia….tapi sekarang bila dah besar jadi mesra, tak ada simpan dendam pun he..he…gelihati bila ingat balik….kalau not (nama dia) terbaca mesti dia gelihati ingat kisah lama.

 

 

Trip ke Penang

Last weekend, aku ada urusan di pulau pinang, ..so aku dan suami buat keputusan untuk pergi juga ke sana, sebab dah arrange awal.. my hubby tak berapa nak pergi coz kenangkan orang tua dia ada kat sini, dia rasa serba salah..tapi terpaksa juga pergi tak ada pillihan,

Pagi jumaat pukul 4.00 pagi, semua kena bangun, mandi dan dalam kul 5.00 pg kita orang gerak ke penang, nak kejar pukul 10 pagi..mesti sampai kat sana.alhamdulilah  selamat sampai di sana seperti yang dirancangkan, decided naik feri budak2 ni teringin nak naik feri, sampai penang  bereskan segala urusan..barulah kita orang cari hotel untuk bermalam, tak kan nak tidur rumah orang ..tak selesa ramai2..kenalah cari hotel juga..tambahan ada izzmi..susah juga kalau tidur rumah sedara mara.

Kita orang bermalam di Hotel Copthorne Orchid Penang, betul2 mengadap laut, kira oklah..dengan kami  yang berenam ni.., rehat di hotel, malam tue juga kita orang pergi pusing kat town, singgah makan di padang kota, best makan kat sini, my hubby makan pasembor, aku makan mee udang, kimie makan laksa, my doters nasi paprik (macam tak ada menu lain) izzmi makan sate..then aku tapau kerang bakar bawak balik untuk makan kat bilik, tak lupa juga kacang rebus..lepas geram ni makan betul2…lepas tue gemuk..tak henggat..he..he..

Oklah kat bawah ni gambar2 di penang, nantilah kalau aku rajin aku sambung story lagi..

 

Izzmi dengan abang hakimi

Izzmi dengan abang hakimi

 

Izzmi bersama kakak2nya atas feri

Izzmi bersama kakak2nya atas feri

Anak2 aku bermandi manda di kolam

Anak2 aku bermandi manda di kolam

Izzmi kat pagar majlis perbandaran Pulau pinang

Izzmi kat pagar majlis perbandaran Pulau pinang

 

Berlatar belakang bangunan MPPP

Berlatar belakang bangunan MPPP

Cuti pun semakin beransur..

Ala adik..cuti mama dah semakin pendek, selepas ini kita akan menjalani rutin macam biasa, rutin yang boring, kita tak boleh lagi sambung tidur sampai pukul 9 pagi..mama tak boleh bawak adik pergi taman lagi kan.., adik dah kena pergi rumah mak.., bosan lah.., semuga tahun baru ni ada azam dan semangat baru..

Btw, abang izzmi yang sulong ada kat sini, semalam birthday dia, tak celebrate pun, cuma pergi makan kat nandos, hantar alia tuisyen dulu..then pagi tadi pergi jalan2 kat tesco, beli bola lagi untuk izzmi, suka sangat kat bola, kat rumah dah penuh dengan bola.., ini dapat bola baru tidur pun masih nak pegang bola, ambik bola tak nak tidur..apalah adik ni..

tidur-bola

Apa – apa ajer lah

Diam tak diam..dah setahun lebih dah izzmi…nak masuk 19 bulan, dah pandai macam2 dah, dah pandai cakap Jerman, becok mulut tapi satu apa pun tak faham apa yang dia bebel…harap2 jangan jadi kepoh sudahlah..lelaki tak elok banyak cakap tau dikk..

Dah lama tak update blog ..still not in mood, walaupun cuti sekolah tapi exam punya pasal membantutkan semua aktiviti2 yang aku rancang, nak kena study..leceh memang leceh..kadang2 rasa boring dan stress bawak juga  izzmi pergi playground kat pandan indah, main buai, jongkang jongket, izzmi  ni kalau pergi playground tak mau balik..paksa juga sumbat dalam kereta apa lagi..menangis lah.., pekak kan telinga jer lama2 diam lah dia,  itulah aktiviti yang selalu aku buat masa cuti ni, pergi tesco, pergi the store pergi playground..nak pergi jauh2…takut nak drive, takut sesat pun yer jugak…

Mama buai adik cepat...

Mama buai adik cepat...

 

 

 

Best naik ni mama..

Best naik ni mama..

 

Then hari raya aidiladha, balik kampung aku kat pahang, meriah jugalah sebab saudara mara ayah dari kedah datang beraya sama, tapi sepanjang hari raya tu hujan..so lepak2 kat rumah sambil makan2 dan mengemukkan badan, gambar2 masa raya ada lah juga, tapi malas aku nak upload kat sini, sebab gambar2 izzmi tue semuanya disamping mama dia yang cun ni, so tak bolehlah nak glamer, ini blog adik…mama tak nak enterframe…

Apa nak cite lagi..emmm! cukuplah yang ini dulu, lain kali sambung lagi, aku nak study, 16hb ada last paper..boring betul…study!!..study!!!