Majalah Pa&Ma keluaran Januari.

majalah-pamajan

 

Hari Rabu balik dari sekolah, tengok ada parcel untuk aku, dalamnya ada 3 botol produk kesihatan Biolife, heran betul aku, bila pulak aku order benda ni, rasa tak pernah order pun, belek punya belek ada surat Tahniah! Artikel anda dipilih dalam January 2009 issue PA&MA, column Ragam Bersalin…and bla bla bla…lagi.

Anak aku, alissa tanpa berlengah lagi, suruh my hubby pergi cari majalah tue, tapi tak ada dah habis, yang ada majalah pa&ma februari, aisey, mana nak cari ni, then bermulalah pencarian kami untuk majalah ni keluaran Januari, kebetulan petang tue suami aku nak ke putrajaya, dia pun cari kat sana…pun dah habis, keesokkannya cari lagi kat Bukit Bintang..Pavilion, tak ada juga. Aku sms kakak, adik dan kawan2 suruh beli kat mana2 andai terjumpa hasilnya semua mengecewakan…….., alahai punah harapan aku, apasal lah lambat sangat inform sepatutnya bulan Disember lah hantar surat bagitau, actually lama dah artikel ni aku hantar, mula2 dulu tiap2 bulan aku beli majalah tue, tapi artikel aku belum appear pun, lama2 dah give up bercampur jemu tak beli dah, aku pun dah melupakannya sama sekali..dan tak sangka penantian yang sebegitu lama berakhir tapi masalahnya majalah tersebut dah habis. Ciss!!! Then petang semalam, suami aku sms dari tempat kerja, ‘malam ni kita pergi jalan2 cari majalah tue’  dan selepas maghrib keluarlah kami sekeluarga untuk menjejaki majalah tersebut, andai ada sisa2 yang masih ada,..2,3 buah kedai dah tanya, semua bagitau dah habis…, dari Chow Kit, Jalan Tar,  pergi kedai2 mamak tanya..jawapannya sama habisss!!!! sampai izzmi  yang dalam keta  dahaga dah mula meragam, akhirnya suami aku berhenti kat satu kedai beli air untuk izzmi, kat area pudu, suami aku kata kat depan tue ada kedai, nak try tanya, kita orang tunggu dalam kereta 5 minit suami aku balik, hemmm..tak ada pegang apa2 pun, cuma jinjing minuman dalam tin, dalam hati aku tak pa lah, tak ada rezeki kena usaha cara lain, pergi kat pejabat karangkraf nanti, ehh..aku tengok lain macam jer my hubby, perut buncit semacam jer dah tue ada bunyi plastik kat dalam baju dia.., Haaa!!! ada ni, abang sorok dalam baju yer…, he..he..dia sengeh, yey!! ada, kata dia. Aku dan anak2 berebut nak tengok, izzmi pun, dia asyik cium gambar dia, sambil sebut ..baby..baby, dia tak tau yang tue gambar dia he…he.., alissa pulak siap phtostate nak tunjuk kawan. Apalah punya excited, tu  belum jadi cover front page majalah lagi..hanya artikel dah excited giler. Kat atas tue lah artikelnya  ‘Anak ku Mat Belia’ tapi banyak yang dah di edit, jadi susunan bahasa dan jalan cerita tak begitu tersusun dah, but it’s ok!  at least ada kenangan untuk ditunjukkan pada izzmi bila dia besar nanti.

Lepak kat rumah

Minggu ni, tak ada aktiviti yang dibuat duduk rumah semetelah in law aku ada kat sini, melayan kerenah izzmi yang seribu satu macam, dah hampir 2 tahun dah izzmi, bulan 5 genaplah 2 tahun, izzmi dah boleh cantumkan 2 patah perkataan, nak air, nak ball, nak nen…hehe.., dan dia juga pandai sambungkan perkataan yang orang sebut, contoh kalau aku dan hubby sebut ‘puaka nyang……………’  izzmi akan sebut’ apik (rapik)..’ha.ha.. saja aku ajar izzmi untuk menyakat kakak2 dia yang penakut nak mampuih, kalau malam nak suruh tidur naik atas bukan main takut lagi.., kalau kakak dia nak naik atas untuk masuk tidur, aku akan sebut…’puaka nyang…..izzmi sambung ‘apik..’ kakak2 dia apa lagi bertempiaran lari…..kang cite puaka nyang rapik tue cite merepek..banyak betul hantu, hantu gigi, hantu raya semua ada.. tapi izzmi pulak kalau sebut cockroach dia..pulak terkedek2 lari, takut lipas.

Btw, izzmi pergi rumah babysitter dengan abah dia sekarang, hubby aku kata elok jer dia duduk dalam kereta, berdiri sambil tengok depan, kalau dengan aku, mesti nangis kalau sampai umah mak dia, menangis nak ikut aku, memang adik ni manja dengan mama, kiranya sekarang aku tak adalah kelam kabut pergi sekolah lagi, tapi yang aku heran aku tetap sampai sekolahwaktu yang sama, sekarang ni keta banyak betul..sejak minyak dah turun harga, keta pun makin banyak kat atas jalan…jem..jem…!!!!

Hari Bonus buat aku

Kenapa aku kata hari bonus, setelah 4 hari berturut2, hari ni aku rasa bahagia sangat, nak tau kenapa…, pergi ambik izzmi rumah baby sitter, akak tue cakap izzmi dah ngantuk tue, belum tidur dari pagi tadi lagi.., dalam hati aku..yey!!! gembira rasanya, memang dia mengantuk pun dalam kereta dia dah meragam sampai rumah terus aku buatkan susu masukkan dalam buai (tapi cilakak orang sebelah yang dok gerudi dinding) memekak jer..anak aku nak tidur pun tak boleh..sib baik izzmi ngantuk sangat, so dipendekkan cerita izzmi pun tidur, dapatlah aku rehat dan update blog, sebelum2 ni izzmi dah tidur rumah baby sitter, so balik rumah dia dah tak nak tidur, kita balik sekolah dah cukup penat mengajar tahun 1, izzmi pulak banyak ragam, letih sangat, kena tunggu malam pukul 11 pulak baru tidur,memang kadang2 aku jadi stress..mulalah pikir menyesal tak ambik bibik…
oklah kat bawah ni gambar2 izzmi last week kat taman tasik perdana, lama dah upload gambar tapi tak sempat nak stori mori, sebab terlampau tired and sick..hari ni publish gambar jer, nak cerita dah basi he..he..

Nak panjat ekor dinasour

Nak panjat ekor dinasour

Menangis takut...

Menangis takut...

jumping

sukahati1

jambatan-gantung1

jambatan-gantung-1

Mana mama niii

Minggu ni bermulalah episod adik kena duduk rumah mak, sekarang abah yang hantar adik, bukan mama lagi, ok jer adik pergi dengan abah tak ada pulak nak menangis bila kena tinggal, tapi muka sedihlah. Minggu ni dah 3 hari berturut-turut mama ambik adik pukul 3.30 petang, tiap2 hari mesyuarat, letih betul. Kesian adik..

Sengeh tunjuk gigi yang dah penuh

Sengeh tunjuk gigi yang dah penuh

 

tapi bila ambik adik, selalunya adik dah nak tido atau duduk dalam buai nak tidur, terpaksa angkat, tapi bila masuk kereta dah excited, tak nak tido dah, sampai rumah lagilah pulak lansung hilang ngantuk, tapi bila maghrib mulalah nak mengamuk, menangis tak tentu pasal…apalah adik ni!!!

Jom ronda-ronda

comelnya ..anak sapa lah tue!

comelnya ..anak sapa lah tue!

Hari ni tak tau nak buat apa, breakfast pun dah lambat, kira sekali dengan lunchlah, itu pun makan kat kedai mamak, izzmi makan roti telur, mama suap dia nganga mulut, suap lagi, nganga lagi, aku cakap kat my hubby, izzmi makanlah roti telor, laparlah kot, lagipun kuah dal tak pedas…yerlah sebelum ni, izzmi susah betul nak makan, suaplah apa pun dia tak nak. Tapi..bila aku tengok kat lantai..dan atas peha dia..ya rabbi, yang aku sangkakan dia makan tue..rupanya dia luah balik berterabur kat lantai..dan atas seluar dia. Apalah adik ni, tadi asyik nganga jer bila suap, macam anak burung tapi lepas tue luah balik.

Selepas breakfat, terus pergi saloon, nak gunting rambut budak 3 orang ni, lagipun dah nak sekolah. Gunting rambut alissa dulu, next alia dan lastly izzmi lah, mencabar betul nak gunting rambut dia, siap kena pegang 2 orang, my hubby pegang tangan dia, aku pegang kepala, puas ah moi tue nak control, nasib baik dia dah pro boleh gunting dengan cepat, hasilnya..emm cute sangat izzmi ni, macam anak cina, dan bila banyak2 kali tengok ada rupa budak baik demam pun ada he..he..

Dah siap, bayar rm30, murahlah untuk 3 orang, terus balik rumah, lepak2 baca paper. aku pun keluarkan daging dalam peti, plan nak masak kari, goreng ikan, masak pun dah lewat pukul 4 petang baru boleh makan.Then petang pukul 6 petang, keluar pergi ronda2, ingat nak singgah pasar malam jalan tar, tapi kansel tak ada parking, manusia punyalah ramai..So pergi Dataran Merdeka, jalan2 ambik angin tengok landscap kat situ, sempat jugak snap 2, 3 gambar.

tengok-apa-tu5

izzmi pun nak sekolah

Semalam dah buat orientasi tahun satu, macam biasa..kutip dokumen dan buat ujian pra kia2m, emm sebelum tue izzmi ada ikut mama ke sekolah, aku nak menyapu kelas, lap debu2, tengok meja semua dah tersusun rapi cuma kebersihan kurang memuaskan sikit. Tapi kalau dah bawak izzmi apa kerja pun tak jadi, asyik nak kawal dia jer..macam2 aktiviti dia buat, masuk bawah meja, tarik kerusi, susun kerusi, hai..jangan sampai dah besar masuk sekolah macam tue jugak sudahlah, pengsan cikgu nanti.

Masuk bawah meja, entah apa di buat kat situ

Masuk bawah meja, entah apa di buat kat situ

Nak panjat kerusi

Nak panjat kerusi

Adik pun kena pergi rumah mak, kali ni abah yang akan hantar adik, emm dapatlah mama pergi sekolah lewat sikit, adik pun boleh bangun lewat coz abah masuk kerja pukul 9 pagi.

Injection

Semalam lepas maghrib bawak izzmi pergi klinik untuk dapatkan suntikan imunisasi rutin untuk age 1 tahun setengah, memang agak lewat pun, sebab tak ada masa yang sesuai, sibuk dengan exam, balik kampung, dan macam2 hal lagi. Timbang berat adik hampir 14kg, tapi nampak cekeding jer, tulang rangka boleh buat gitar. Memang izzmi sekarang tak nak makan lansung, apa jenis makanan bubur nasi ke, nasi ayam ke..semua dia luahkan balik, kurus sangat dia. doktor cek perut izzmi doktor kata ada cacing tu yang buat dia tak selera makan. Izzmi tak meraung pun kena inject..adalah merengek sikit, tapi bila dah done, dia sengeh jer. bagus anak mama, anak laki katakan.Doktor bagi multi vitamin dan ubat cacing. Lepas inject pergi farmasi guardian beli lagi vitamin dan scott emulsion, bukan apa, nak bagi adik montel sikit, risau mama tengok adik kurus sangat.