Trip ke Lumut Perak

Tak plan pun nak pergi bercuti, tapi kerana terpengaruh dengan my sis untuk bercuti di Marina Cove, aku pun pergi lah menyahut seruan cuti2 malaysia tue, kakak aku lah..dia kata kat situ murah, ada theme park, facing laut menghadap Pulau Pangkor, bfast percuma sesuailah untuk orang yang anak ramai nak pergi bercuti, hujung bulan he..he..,

Pukul 1o pagi gerak, sampai Lumut pukul 1.30 petang, ramainya manusia bercuti, terpaksa tunggu pukul 2.30 sebab bilik belum sedia lagi, aku ajak my hubby pergi lunch, puas cari kedai makan, tapi malangnya tutup pulak, maybe ramai orang buat kenduri kawin kot, jumpa satu kedai lauk pauk dah habis, cari punya cari jumpa satu kedai Sri Kelate, oleh kerana my hubby orang kelantan, pergi makan situ, tak ada lauk pun. MInta nasi goreng, tapi nasi goreng macam nasi gaul jer tak sedap lansung. Balik hotel, rehat dalam bilik. Anak2 mandi kolam termasuk izzmi. Malam ronda2 cari ikan bakar salah kedai, bukan ikan bakar tapi kedai masakan panas. Kat KL pun bersepah kedai macam tue, mahal pulak tue rm70++ untuk 5 orang makan.

View dari balkoni apartment, taman tema air kat bawah, dan yang sayup2 tue pulau pangkor

View dari balkoni apartment, taman tema air kat bawah, dan yang sayup2 tue pulau pangkor

view2

Hari ke 2 berjalan2 kat pekan lumut cari ikan bilis dan ikan kering yang fresh2 kat situ.then petang bawak anak2 mandi kat taman tema air, murah jer rm5 sorang sebab tetamu hotel dapat murah.

Pekan Lumut boleh tahan cantik, izzmi kat jeti pulau pangkor

Pekan Lumut boleh tahan cantik, izzmi kat jeti pulau pangkor

view 4

mandi kat taman tema air

mandi kat taman tema air

anak2 bersukaria main air

anak2 bersukaria main air

Lepas berendam dan main2 air, sampai kecut badan, kul 7 .00 malam, balik bilik mandi solat then pergi makan ikan bakar berhampiran , jalan kaki jer, memang sedap lah makan ikan bakar disitu, dah lama tak makan ikan bakar cicah air asam, memang sedap betul, ok tak mahal sangat tak sampai pun 70 hinggitt.

Then hari ke 3, tak buat apa budak2 mandi kolam, aku kemas2 barang nak balik, kul 12,30 check out, pergi pekan lumut lagi untuk cari makanan laut kering…he..he.. terbang lagi duit aku dekat 200 hinggit

Sampai KL pukul 6.30 petang, then pukul 11 malam baru sedar satu beg telah tertinggal di bilik hotel, aiyaaa…punya ramai orang, tapi semua tak leh harap, dah tertinggal beg, walau pun dalam tue cuma ada pakaian kotor tapi ada baju mahal aku kat situ uwaaa,,..