Dua kisah yang mencemaskan

Dah lama tak update blog adik ni, bukan tak ada kisah nak cerita tapi mama ni malas lah dik, dok gila fb sampai blog adik mama pinggirkan he..he..nak tunggu adik update sendiri lambat lagi, baru 3 tahun, kena tunggu 3 atau 4 tahun lagi untuk adik update sendiri. Uihh…dah bersawang giler blog ni nak kena bersihkan dulu, bukan setakat labah2 buat sarang, rimau pun ada…

Untuk permulaan, aku nak cerita dua trajidi yang betul2 mencemaskan kami sekeluarga, dua trajidi ni hampir membuatkan aku kehilangan izzmi buat selama2nya, betul2 mencemaskan dan buat kami sekeluarga panik.

Kish pertama, aku dan suami pergi ke Mines, intention aku nak beli kain kat Tee Wah, aku pun pilih2 kain yang mana berkenan. Izzmi pulak dengan habit dia lah berlari sana sini, bila dah jumpa kain yang berkenan aku pun nak bayarlah, abah izzmi pun nak bayar juga, aku suruh alissa tengok adik, oleh kerana yang nak take care adik tu pun budak bawah umur juga, kanak-kanak ribena ni dengan suka hati bermain nyorok2 di celah2 kain, izzmilah, kakak dia jadi mangsa terpaksa mencari dia..kat balik2 kain tue, aku dan suami yang sedang berada dikaunter nak bayar terkejut, bila alissa bagitau…’abah’ mama’ adik hilang!!!  aku bila dengar jer..mulalah rasa panik..macam2 terlintas kat fikiran kena culik lah, masuk paper, macam2 yang tak elok terlintas difikiran yerlah hasil pembacaan suratkhabar kisah2 macam ni mengundang rasa takut. Abah izzmi bergegas tinggalkan kaunter, dia suruh alisaa jaga kat pintu keluar. Aku cepat2 settlekan bayaran kain, menyusul abah dan alissa untuk cari izzmi. Puas panggil izzmi tapi tak dengar suara menyahut pun. Aku dah mula rasa nak nangis penuh debaran di hati.., tup..tupp..dengar suara budak menangis, macam suara izzmi jer, pergi tengok izzmi berada dalam dukungan abah dia. Lega rasanya alhamdulilah…hemmmm..budak bertuah ni rupa nya dia menyorok belakang langsir yang dah siap berjahit dan displayed kat tepi wall tue, yang hairannya orang panggil dia tak menyahut boleh duduk diam belakang langsir tue…itupun nasib baik pekerja kedai bagitau,

‘itu budak ada belakang langsir, saya panggil keluar dia tak mau, dia tau bukan ayah dia’   adikkk!!! adikkk!!! lain kali jangan buat lawak macam ni tak kelakar tau..sakit jantung adalah.

Kisah ke- 2, kisah ni hampir2 meragut nyawa izzmi, aku tak dapat bayangkan kalau ia jadi kenyataan, tak sanggup kehilangan izzmi, tapi ajal maut di tangan tuhan…syukur alhamdulilah tuhan masih panjangkan umur izzmi. Hari tue aku sekeluarga plan nak balik kampung sebelum tue singgah sri bentong ambik alia di asrama, dalam perjalanan alia yang excited jumpa adik terus bagi gula2, izzmi pantang jumpa gula2 terus nak makan, entah macamana tiba2 izzmi terbatuk2 suara tak keluar dia tercekik gula2. Gula2 tue baru jer masuk dalam mulut dah tentu saiz besar, aku yang dah mula cemas, tepuk belakang izzmi, tapi tak lepas juga, abah izzmi yang tengah drive keta cuba tepuk hampir2 hilang kawalan terpaksa stop keta tepi jalan, aku teringat2 cite2 yang ada budak2 mati tercekik biji rambutan dan puting susu. Bila aku tengok gula2  masih tersangkut kat keronkong izzmi aku jadi panik, teringat kata2 abang aku kalau anak2 tercekik apa2 kena buat rawatan sendiri tak payah nak hantar kehospital coz memang tak sempat dalam masa 4 minit jer boleh mati.

Abah izzmi tepuk belakang izzmi sekuat2nya, alhamdulilah lepas juga gula2 masuk ke dalam. Ya allah ya tuhan syukur kerana kau masih memberi peluang pada izzmi untuk hidup didunia ni….izzmi terdiam tak terkata, serik agaknya, kakak2nya terdiam sebab rasa bersalah bagi gula2 kat adik, tapi sebelum ni ok jer tapi dah benda nak jadikan..sekarang izzmi dah serik nak makan gula2, kalau offer pun dia tak nak, ‘nanti lekat kang, mati adik ,kesian mama!!!  izzmi cakap macam tue, memang dia dah petah bercakap sekaran ni, dah pandai nyanyi lagu….. abah ada perut, perut abah buncit, jika tidak buncit, bukan perut abah…….,                                      he..he…. sebenarnya aku yang ajar lagu tue kat izzmi. jangan marah abah izzmi….muahhh..mmuahh