Let’s go to the zoo

Hari minggu, tak tau apa nak buat, kami sekeluarga kecuali alia, pergi ke zoo, rasanya izzmi dah boleh di ajak mengenali binatang, sebelum ni yang dia kenal, bird, dog cat, cock, cockroach, mosquito,  tu jer…bila pergi zoo bolehlah diajak mengenali binatang2 yang dia belum pernah tengok. Memang kelakar, izzmi takut pada gajah, zirafah, rusa, binatang2 yang berbulu dan besar2 he..he.., tapi kalau tengok kura-kura, jenis2 burung dia sukalah..yerlah tengok gajah dengan besar, hitam..mestilah dia takut.

Jom kita tengok aksi2 izzmi di zoo Negara (mahal dah sekarang ni rm15, dulu rm10 jer)

zirad

Izzmi takut gajah

Izzmi takut gajah

Suka tengok burung

Suka tengok burung

Yang ni pun dia takut..

Yang ni pun dia takut..

ikananimal

Jom kita bergelap malam ni selama sejam

earth_hour1

Menyahut seruan kempen selamatkan bumi dari pemanasan global, aku pun bercadang untuk bergelap malam ni, tapi akan menghabiskan masa aku di di shopping compleks ha..ha.., sambil tue boleh ronda2 tengok siapa yang peka dan menyahut seruan kempen ni. Rupanya kempen ni dah ada sejak 2 tahun dulu, bergiat aktif di Australia, apasal aku tak tahu sebelum ni..?????  Tahniah kepada NGO2 dan media yang memainkan peranan dalam menjalankan kempen ni secara meluas, sehinggakan anak2 murid aku yang darjah satu pun tahu tentang kempen ni.

Izzmi gosok gigi

Sebab gigi dah penuh kenalah paksa gosok gigi, itupun puas kena paksa. asal gosok gigi jer mesti menangis, asal menangis jer mesti gosok gigi he..he…kalau dia menangis lagi senang nak gosok, masa dia nganga mulut tue aku berus jer, pedulikk!!!

aksi gosok gigi

aksi gosok gigi

Izzmi pergi sekolah

Semalam izzmi ikut mama pergi sekolah. Mama tolong gantikan kawan mama ajar kelas tambahan. Mula nak tinggal izzmi kat rumah pengasuh, tapi kesian lah pulak, so bawak jugak ke sekolah, mula2 meragam juga, alissa kena jaga adik, ajak main kat pra sekolah pun tak nak, adik nak ikut mama juga. Lepas tue adik po..po.., apalah adik ni dah mama kena bawa cuci kat tandas. Habis kelas tambahan pukul 12, adik dah mengamuk nak balik sebab dia mengantuk, terpaksa mama singgah kat kedai beli coklat dan belon untuk adik, kalau tidak mama nak drive pun susah.

mama-dan-adik

Cuti yang tak cuti

Semester break dah bermula, dapatlah bercuti 9 hari, oklah tue daripada tak ada cuti lansung. Plan awal nak pergi bercuti tapi my hubby ada course, alia ada kelas tambahan, dan mertua aku ada kat sini, so plan bercuti tinggal plan saja..KIV dululah,

walaupun cuti, rasa macam tak cuti banyak perkara dan benda yang nak kena buat, dan setiap hari jugak jadi driver hantar alia ke kelas tambahan, lotih den, izzmi pulak…ohh izzmi dah tentulah bercuti tak payah pergi rumah mak, boleh bangun pukul 9 atau 10 pagi, boleh ragging mama dukung izzmi walaupun dah hampir 2 tahun. Sengaja lah tue nak bagi burn kalori mama, dukung adik setiap hari, tapi mama menten gemuk jugak he..he..

Hemm izzmi sekarang dah pandai borak2 kat telefon, bila telefon dia..tanya, adik buat apa??? Dia akan jawab, mamam…,   mamam apa? mamam yat (coklat) he..he.. dah pandai berkomunikasi, oklah tue, marah pun pandai jugak, menderam macam harimau, kalau marah kat orang. Tarik rambut kakak sekuat2 hati, bergolek2 atas lantai, selagi tak puas hati selagi tue lah dia tarik rambut. Ishh risau betul aku dengan perkembangan izzmi yang ni, suka buat orang.Mana di tirunyer, pengaruh TV pun yer jugak, tengok orang berbalas tembakan, dia akan ikut …  poo..poo..pooo, guna tangan tembak kakak dia, hemmm kalau lelaki, lelaki jugak, suka mainan pistol dan senapang.Walaupun kadang2 dia suka kasut kaler pink kakak dia…suka kasut tak pa, tang kaler pink tue aku risau…

Izzmi demam

Dah lama adik tak demam, sihat dan aktif, ni dah demam balik, puncanya hari ahad lepas, aku ada exam kat oum, semua di angkut sekali untuk hantar aku ke uniten, sementara nak tunggu aku exam, izzmi dan kakak2nya bermain berkejar-kejaran kat tengah panas tue, panas pukul 12 tenghari, tapi hari tue memang panas betul, sampai merah2 pipi izzmi, macam pakai blusher. Then pergi Balakong melawat mertua kau, lepas tue gi damansara semata2 nak beli karipap ikea, my hubby aku beli 2 dozen..ha..ambik ko!!! makan sampai muntah, adik aku selalu kata karipap tue mesti letak dadah, sebab tue kak lela ketagih….he..he..yerlah kalau dah 2 minggu tak makan mesti teringin nak makan…

ok berbalik pada izzmi, malam badan dia dah panas, tapi paginya masih aktif lagi, suami aku sibuk dok mengemas bilik stor, dia pun sibuk juga, cuma petang tue dia dah nampak lesu, malamnya dah tak boleh tidur badannya panas sangat.., asyik menagis jer nak berdukung yang herannya, dengan aku jer dia nak, dengan abahnya tak nak, hari ni walaupun dah kebah tapi mulutnya merah menyala, aku rasa dia sakit mulut, coz dia tak nak makan dan menyusu, minum air sejuk saja. Petang ni kena bawak adik ke klinik lah.

So

Apa yang best, apa yang tak best….

Maid untuk mertua aku dah sampai, dah seminggu lebih, oleh kerana banyak ada lagi urusan yang tak settle, buat sementara dia duduk dengan family aku..

apa yang best…

1. Balik kerja rumah dah kemas, sejuk mata memandang.

2. Bilik air semua dah dicuci bersih.

3. Kain baju berjemur dan terus dilipat.

4. Ada orang boleh tolong aku memasak, tolong siang ikan atau potong sayur, aku boleh suruh dia tumbuk cili guna lesung batu, siapkan rencah memasak, tapi yang memasak aku ler, aku tak lalu kalau dia masak he..he..cerewaet aku ni.

5. Kadang2 minta tolong dia gosok baju.

 

Apa yang tak best..

1. Macam ada orang asing dalam rumah, tak best aaaa, macam tak ada privasi.

2. Tak boleh nak manja2 dengan hubby, sebab ada orang tengok, bahaya!!! Nanti dia teringat husband dia kat indon sana.

3. Tensen kalau kadang2 tengok dia lebih2 pulak, satu lagi kalau tak bagi arahan tak buat..,

4. Perbelanjaan increase, kalau makan kat luar kena ada peruntukkan untuk maid, kalau beli jajan, ais krim kena beli untuk dia juga..(aku dah ikhlas kannya) tak baik ungkit pasal makan..itu rezeki dia kan..muga Allah memurahkan rezeki aku sekeluarga.

5. Oleh kerana dia bukan bibik aku, aku tak tread dia macam bibik lah, tapi  rasa menyesal pulak bila tengok dia  ..contoh..tengok tv suka tengok cite indon tak kira masa.Macam tak ada rules..

6. Sebelum ni aku jarang masak, tapi sejak ada dia, kalau aku tak masak aku susah hati..nanti dia ni nak makan apa.., aku dan anak2 serta suami, tak pa..kita orang on diet he..he…

7. Alissa kata dia tensen..bibik tue suka gelak dan cakap kuat.

8. Terpaksa cakap indon, dahlah kat sekolah banyak indon, kat rumah pun ada..adehlah..

So kesimpulannya, aku tak nak ambik maid lah tak best, kalau nak pembantu aku akan cari yang boleh datang kerumah untuk berkemas saja, siap berkemas dia balik umah dia…barulah privasi hidup aku..

Btw, izzmi yang manja ni pun, tak nak kat bibik tue, dia lepuk2 jer, apalah adik ni tak baik tau…