Selamat Hari Raya..

Dikesempatan ini aku sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya pada pengunjung2 blog izzmi ni, minta maaf andai ada terlanjur kata, salah dan silap atau ada artikel2 yang menyentuh perasaan, aku selaku penulis blog ini memohon ampun dan maaf. Insyallah kami akan beraya dia Pahang dulu, di petang raya ke 2 baru balik Kelantan. Dan insyaallah jika ada rezeki lebih kami juga akan buat open house, dalam bulan syawal ni..tapi belum tetap date lagi (syhh….izzmi pesan suruh spare duit raya untuk dia..he..he..)

Advertisements

Apalah adik ni..

Semenjak 2 menjak ni, setiap kali nak ambik izzmi dari rumah baby sitter, mesti problem, dia tak mau balik, puas pujuk2 dia buat derk jer…buat  tak nampak jer, aku buat2 nak tinggal dia…bye bye adik, mama nak balik dah…, pun dia buat selamba jer, tak gaduh nak ikut atau kejar aku, seronok duduk situ agaknya sampai tak mau balik….apalah adik ni…

alia dan alissa punyalah bengang kalau izzmi tak mau balik, alissa marah2 lagi, siap cakap, adik, tue bukan keluarga adik tau..seronok sangat duduk situ….he..he.., aku cakap kat dia orang,  tue lah korang garang sangat dengan adik, sampai adik tak mo balik..suka duduk umah penjaga dia daripada balik rumah…

walaupun rasa agak ralat tapi terbit juga rasa senang hati, bermakna penjaga izzmi jaga dan layan dia dengan baik macam anak sendiri, sehinggakan izzmi rasa seronok  sampai tak mau balik rumah….sedih mama tau adik tak suka duduk rumah kita, emmm anak2 penjaga izzmi semua lelaki, agaknya sebab tue izzmi suka, dia orang rajin layan izzmi main bola…baling bola, izzmi tendang, sukalah izzmi tue, kalau dah lelaki, lelaki juga..minat bola.

Izzmi and his cousin ‘Aidil’

Semalam, aidil sepupu izzmi aidil (hensem boy) datang berbuka puasa, tak ada prepare apa2 pun, pergi beli juadah kat bazar ramadhan balik hampar surat khabar then buka belian masing2…makan!!! He..he..simple and sempoi…

Moh kita tengok gelagat aidil dan izzmi, aidil dah boleh jalan walaupun baru 11 bulan, Anak mama ni jer ambil masa sampai 15 bulan baru berjalan. Nampak gayanya raya tahun ni 3 Abdul ..dah pandai berjalan, walaupun masing2 lesen  ‘L’  lagi. Cuma adam kot berjalan laju sikit, sebab dia dah lama dapat kaki.

Anak sapa lah tue baju kuning..comotnyerrrrr……

Aidil dan Izzmi baru dapat kaki  (lesen 'L' lagi)

Aidil dan Izzmi baru dapat kaki (lesen

berebut mainan

berebut mainan

sedih..tak dapat mainan, aidil nak main sekejap jer..

sedih..tak dapat mainan, aidil nak main sekejap jer..

Aidil tersenyum hensem, izzmi interframe he..he..

Aidil tersenyum hensem, izzmi interframe he..he..

Mama beli baju adikk..

Petang semalam pergi mid valley, plan nak beli baju izzmi yang aku tak dapat beli kat Jusco hari tue, nak cari kat Jusco Mid Valley pulak, banyak pulak pilihan baju kanak2, cari yang serupa macam kat Maluri hari tue..tak ada, emm agaknya dah habis stok kot, kenalah cari brand lain…survey kat Baby Kiko, nasib baik ada.. harga seluar jer rm59.90, dah ada seluar tentu nak kena cari baju untuk matchkan dengan jeans overall dia tue..aku ambik satu t’shirt Poney harga rm33.00. Memang aku budget untuk izzmi dalam rm100++ gak untuk baju, tapi baju izzmi untuk raya ni banyak betul…aku ingat adalah 5 pasang, jeans 3, kemeja 2 helai, t’shirt 4 helai, kasut 2 pasang, baju melayu 2 pasang. Untung adik niiii….dapat banyak baju he..he..,

Then kita orang berbuka kat Nandos, tapi izzmi tidur, letih lah tue sebab shopping baju raya, yang best dan buat aku teruja kat mid valley tue, dekorasi hari raya yang dia orang create, cantik dan nostalgik, suasana rumah kampung, lengkap dengan pokok kelapa, ada kolam..pelita, memang cantik lah..syahdu jer aku tengok,patutlah tiap2 tahun Mid Valley menang dalam dekorasi hari raya aidilfitri, sumber ni aku dapat dari adik aku, 

suasana rumah kampung untuk dekorasi hari raya kat Mid Valley

suasana rumah kampung untuk dekorasi hari raya kat Mid Valley

 

Betul2 Nostalgik, (nampak izzmi dalam dukungan abah dia.)

Betul2 Nostalgik, (nampak izzmi dalam dukungan abah dia.)

 

Izzmi sempat posing kat depan rumah kampung tue,

Izzmi sempat posing kat depan rumah kampung tue,

Bestnya Nak Raya!!!

Kalau zaman kanak-kanak memang hari raya, hari paling bahagia, hari paling best, sebab tue biasanya budak2 tak sabar nak sambut hari raya, dok menghitung hari jer. apa taknya, dapat baju baru, kasut baru, duit raya boleh makan sedap2 tak susah2 nak pikir pasal diet lari ke apa..,Yang pokai orang tua lah pasa ibu bapa yang menyediakan kelengkapan dan persiapan untuk hari raya, termasuklah untuk duit raya sekali.
Alhamdulilah tahun ni rezeki aku agak murah, untuk anak2 aku budget lebih sikit untuk raya ni, especially untuk baju lah.., untuk alia, untuk alissa, untuk izzmi aku belikan baju yang agak branded dgn reasonable price, izzmi walaupun abah dia dah beli baju, tetap ada juga bahagian dari mama untuk izzmi, aku berkenan betul dgn satu baju tue, tapi sayangnya size kecik dah habis, kena lah cari tempat lain pulak, dah terbayang2 di mata aku betapa comelnya izzmi yang dah pandai jalan2 jatuh tue pakai baju tue he..he..cuma izzmi tak suka pakai kasut..alahai tue yang buat slack tue..kasut raya abah dah beli 2 pasang tapi adik tak nak pakai pulak. macamana ni!!!

Bz lah…

Bz betul aku bulan puasa ni, plus dengan letih sampai tak sempat nak update blog izzmi ni, rasa masa sehari-hari macam suntuk sangat…sedar2 dah malam..hari dah berganti hari,dan izzmi pun dah makin besar, makin banyak songeh..dan bertambah aktif, aku tak tahulah kenapa ,agahknya minum susu enfagrow A+ honey tue buat dia tambah aktif kot, tak ada masa yang dia boleh duduk diam, ada saja benda yang dia nak buat, sekarang ni nak pergi jalan pun dah tak berapa best, izzmi suka meragam dan nangis, dia boring dalam kereta sebab tak boleh nak buas.

Btw..semalam sempat jugak pergi Jalan Tar, beli baju melayu izzmi 2 pasang, satu aku beli, satu lagi my hubby beli, cepat sangat nak beli baju melayu izzmi, tak round satu bazar jualan dah tak menyempat2 nak beli, rupa2nya kat depan sana lagi banyak pilihan ..murah pulak tue, tak pa lah adik pakai 2 pasang lah tahun ..satu kat rumah tok wan satu lagi umah nenek kat pasir mas. Baju2 lain awal2 lagi dah beli kat The Mall, baju kakak2 dia  belum lagi, malam ni nak cuba tengok kat Jusco Maluri.Dah besar macam kakak2 dah pandai memilih..cerewet nak beli baju kat dia orang.