Izzmi dengan adam

Last weekend, pergi shah alam, rumah adik ipar aku yang suami isteri tak boleh bercakap, lama dah tak gi sana, kebetulan mertua aku ada disitu pergilah melawat dia orang, sebelum tue singgah pasar malam dulu, tapi hujan
tak leh nak merayau-rayau.
Dah besar pun adam, tapi makin kurus, lasak tue yang buat makin kurus. Apa yang aku kagum, dia pandai melukis, dapat memegang pensel dengan baik, seusia 2 tahun, dia pandai membuat bulatan dengan complete, di keliling bulatan dia buat banyak garisan, seolah2 macam kaki, sekali nampak macam spider, impressed aku pada kebolehan adam ni…perkembangan psikomotor sangat bagus….aku rasa oleh kerana lisan dia agak kurang maklumlah mak dan ayah dia tak bercakap, so semua kebolehan kognitif apa semua tue berkembang pada arah yang lain. Tapi bila aku lukis ikan, bola, bas, lori dia boleh menyebut dengan betul…di tambah dengan bahasa isyarat, dia sebut ‘ikan’ sambil tue tangan dia buat macam ikan berenang….he..he…cerdik budak niii, izzmi pun tak pandai memegang pensel dengan elok lagi, tapi bab bercakap mengalahkan orang tua…pot..pet..pot…pet..

alissa, adam dan izzmi

apa peluk2 niiii

kanak2 riang