Makan Teepayanki

Aku tak tau kenapa dipanggil teepayanki (makanan jepun) sejak dok Kl baru kenal tepayanki ni, masakan jepun, dulu2 pada mulanya aku ingat apa, rupanya nasi putih, lauknya kita pilih sendiri nak, ikan, ayam, daging, udang atau sotong, cara memasak ala2 grill gitu, masak kat depan kita lah, kita boleh tengok chef tue masak, dah siap masak chef terus letak dalam pinggan kita, ..dan yang aku pasti sayur sampingannya mesti taugeh dan kadang2 daun apa ntah, ada bawang putih goreng,  memang sedap!!! so semalam, pergi Jusco balakong, sebenarnya nak baiki kamus elektronik anak aku, tapi ada masalah sikit, orang yang handle kamus tue nan ado pulok…my hubby pun lapar, ajak makan tepayanki, tak jadi nak makan steambot kat Johny, pada mula2nya aku was2 jugak, halal ker ni…my hubby tunjuk, tuu…sijil Halal baru confident sikit, my hubby ambik lauk ikan salmon, my doters biasalah ayam, akuu??? oleh kerana aku sedang berdiet, makan sayur taugeh yang anak2 aku punya hu..hu…, izzmi pula makan Snow (abc). aku dan anak2  tak reti guna chop stick, minta garpu dengan sudu ler, kalau boleh nak guna tangan jer he..he..maklumlah orang kampung, tapi..mengikut kata suami aku kureng sedap kat balakong ni jika nak dibandingkan dengan kat Sg Wang, tapi aku rasa kat Pavilion lagi sedaplah walaupun harganya pun sedap jugak nak membayarnya.

Alissa dok tengok chef masak

Alissa dok tengok chef masak

Izzmi sabar menanti makanan

Izzmi sabar menanti makanan

Abah makan tak bagi izzmi pun yer

Abah makan tak bagi izzmi pun yer