Bukan senang nak….

Entry kali ni menyentuh pasal kerenah anak2 aku, as usual setiap kali cuti sekolah abang izzmi yang sulong akan tinggal dan menghabiskan cuti  bersama abah dia, dengan perkataan lebih mudah his my stepson ..kawan aku suruh aku buang perkataan ‘step’ tue..dont ever use it again..supaya tak ada gap antara aku dan dia. Tapi seiring dengan usia perkahwinan nak aku rasa gap tue dah makin menipis..kadang2 bila berjalan macam sweet jer..aku ada 2 anak lelaki, dan 2 anak perempuan, Cuma anak perempuan berkulit hitam manis, anak lelaki putih, tapi hakimi ni sejak besar dah gelap..masa kecik putih melepak macam adik dia juga.

Bila dah ramai memang memang pening, maklumlah budak2, setiap hari ada jer benda dia orang nak bergaduh dari perkara sekecik2nya, hingga sebesar2nya..memang tensen jugak..tapi bak kata kawan aku yang ada sarjana dalam psikologi, perkara itu normal sebagai satu proses penyesuaian…lama2 dia orang akan jadi rapat macam adik beradik…, adehlah memang betul tapi kalau kita hadapi setiap hari memang  biul…bilakah masanya itu yang dia orang dah mesra macam adik beradik 5 tahun atau 10 tahun lagi.., harap2 cepatlah budak2 ni matang supaya dapat berfikir mana yang baik mana yang buruk.

Oleh kerana dia jarang datang sini tak adalah aku nak marah atau bebel kat dia sangat, tak mau nanti jadi ibu tiri macam cerita laila majnun tu, seboleh2 nak buat dia rasa selesa, rasa diterima, tapi selalu di ‘argue’ oleh dua orang anak aku tue..why he can  but we don’t…, selalu aku bagi alasan ala biarlah..nanti dia tak ada korang main lah puas…sekali 2 kali dia orang boleh terima lah tapi bila banyak kali, tarik muka…emmm… now! Aku dah buat peraturan,

Ok, Korang tulis kat kertas, slot tv kegemaran masing2, dan nak main game kat komputer..sehari  1 jam jer.., bila dia orang dah pilih, aku tandatangan, ada syaratnya, waktu sekian2 yang dah dipilih, orang lain tak boleh kacau, peraturan ni berjalan jika korang tak bergaduh…kalau bergaduh terbatal semua tak leh tengok tv…dan kertas tue kena jaga elok2 di bawah tanggungjawab masing2, kalau hilang ia akan terbatal dengan sendirinya….hemm ..it’s really work, tapi tak tau lah sampai bila boleh bertahan…aku ingat masa aku kecik2 dulu sepupu aku ada duduk bersama dengan kami, masa tue aku kecik lagi, abang dan kakak2 aku rajin bergaduh dengan dia, siap tulis2 kat dinding lagi..kadang2 siap halau balik..suruh dia balik rumah dia….tapi sekarang bila dah besar jadi mesra, tak ada simpan dendam pun he..he…gelihati bila ingat balik….kalau not (nama dia) terbaca mesti dia gelihati ingat kisah lama.

 

 

Advertisements