Apa – apa ajer lah

Diam tak diam..dah setahun lebih dah izzmi…nak masuk 19 bulan, dah pandai macam2 dah, dah pandai cakap Jerman, becok mulut tapi satu apa pun tak faham apa yang dia bebel…harap2 jangan jadi kepoh sudahlah..lelaki tak elok banyak cakap tau dikk..

Dah lama tak update blog ..still not in mood, walaupun cuti sekolah tapi exam punya pasal membantutkan semua aktiviti2 yang aku rancang, nak kena study..leceh memang leceh..kadang2 rasa boring dan stress bawak juga  izzmi pergi playground kat pandan indah, main buai, jongkang jongket, izzmi  ni kalau pergi playground tak mau balik..paksa juga sumbat dalam kereta apa lagi..menangis lah.., pekak kan telinga jer lama2 diam lah dia,  itulah aktiviti yang selalu aku buat masa cuti ni, pergi tesco, pergi the store pergi playground..nak pergi jauh2…takut nak drive, takut sesat pun yer jugak…

Mama buai adik cepat...

Mama buai adik cepat...

 

 

 

Best naik ni mama..

Best naik ni mama..

 

Then hari raya aidiladha, balik kampung aku kat pahang, meriah jugalah sebab saudara mara ayah dari kedah datang beraya sama, tapi sepanjang hari raya tu hujan..so lepak2 kat rumah sambil makan2 dan mengemukkan badan, gambar2 masa raya ada lah juga, tapi malas aku nak upload kat sini, sebab gambar2 izzmi tue semuanya disamping mama dia yang cun ni, so tak bolehlah nak glamer, ini blog adik…mama tak nak enterframe…

Apa nak cite lagi..emmm! cukuplah yang ini dulu, lain kali sambung lagi, aku nak study, 16hb ada last paper..boring betul…study!!..study!!!

Advertisements