Izzmi kutip manggis
Dah lama betul tak update blog adik ni, usia adik pun dah nak masuk 5 tahun, tahun depan adik dah sekolah tau, bila adik dah pandai baca dan tulis adik update blog adik sendiri yer..
Cuti sekolah lama ni, adik dgn happynya tak payah pergi umah mak petir syhhh!!! mak petir refer pada baby sitter nya, panggil macam tu coz suara dia macam petir, kalau lah mak dia baca blog ni mati aku, maaf kak sya gurau jer ..
ok lah cuti yg lama ni apa adik buat yer..adik ikut mama balik kelantan, ikut mama balik umah tok wan, tolong mama kutip buah manggis, memang tak boleh harap kakak2 adik tu kan..harap makan jer tau, tambah lagi nak panjat pokok manggis.
Oleh kerana izzmi kecik lagi, mama lah yg panjat pokok manggis sian kakak alissa yg montel tu terkial2 nak panjat tapi pi mai pi mai dok kat pangkal jer lah tak lepas2 ha..ha..montel sangat..
ohh…buli adik kutip buah yer, nak kena korang niii..buli adik yg kecik kutip habis tue korang buat apa…jadi mandur ekk..
dengan gigihnya adik berjaya kumpulkan sebakul manggis yang segar2
Izzmi dah mengenal abjad dan nombor
Seiring dengan usia izzmi, blog ni dah menginjak ke tahun ke 4, cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam izzmi lahir, baby yg montel, gebu dan berbau wangi. sekarang dah pandai bercakap, berlari, main, ‘buas’ pandai mintak mainan setiap kali ke shopping kompleks….rabak duit aku taw….
Izzmi permata hati aku ni sungguh petah bercakap, guna bahasa standard lagi…kadang2 aku rasa gelihati sangat bila dengar dia bercakap…
antara ayat2 yang keluar dari mulut dia
” adik tak mahu pergi pasar malam, ia tidak menyeronokkan’
‘mama ada tak makanan yang lazat untuk di makan?’
‘ultramana tidak wujud, ultraman hanya kat tv sahaja’
banyak lagi lah ayat2 power yang keluar dari mulut dia…aku rasa pengaruh tv channel 613, antara siri kegemaran dia..handy manny, jungle junction, mickey mouse club, agent osso…aduhh..pening kepala kami sekeluarga sebab orang lain tak ada can nak tengok tv..
Adik ni pulak..malas nak belajar, ada lah sekali sekala aku berpeluang ajar sikit2, tapi fokus tak lama tak sampai 10 minit lepas tue dia dah cabut pergi tempat lain..tapi alhamdulilah dia cepat dapat, cepat mengenal huruf dan abjad, dapat padankan nombor dan bilangan (biasa aku guna kad bergambar) dan untuk huruf aku guna sitem phonic untuk menyebut huruf…tapi tue lah belajat 5 minit, lepas tue lari, susah nak fokus, kalau dia fokus mungkin dah pandai membaca..entahlah anak mama sorang ni..muga adik jadi anak yg baik, soleh dan terang hati….
Adik dah besar
adik mama dah besar, dah nak masuk 4 tahun, mama ingat nak hantar adik sekolah, tapi rasa masih terlalu awal baru 4 tahun, nanti jemu pulak jadi macam kebanyakkan anak murid mama yg sekolah tadika lama sangat sampai 3 tahun bila masuk sekolah jadi boring, kerjanya kejap2 nak keluar kelas kata nak pergi tandas tapi merayau2 jer lebih.
Semetelah adik sorang anak lelaki mama, teringin betul nak tengok adik jadi ustad, teringin betul mama nak hantar adik kat sekolah agama Al-amin yg famous kat gombak tue, masalah jauh lah pulak, transport tak ada, maka impian tinggal impian jer lah…
then abah kata mula2 bila umur adik 5 tahun hantar smart readers dulu, lepas tue bila umur 6 tahun hantar kat Al-Imtar tue..biar balance he..he.., untuk smart readers rasa tak jadi masalah berhampiran tesco ampang tue ada, provides transport lagi, leh suruh hantar ke sekolah aku terus sebaik saja habis sekolah atau transit kat umah baby sitter area kampung pandan tue jugak…mana2 pun boleh
Berangan jer mama ni adik, masa masih panjang lagi, adik ni mama kesian jugak nak berkawan tapi tak ada kawan, kakak2 dan abang semua dah besar2 semua tak mau main dengan adik kan..nantilah adik, mama hantar adik sekolah adik akan dapat ramai kawan ok
Lamanya tak update blog
Wah lama dan terlalu lama tak update blog adik ni…adik pun semakin besar dan petah berkata2, dah tak pakai pampers, dah berhenti menyusu, dah berhenti dari tido buai, dah pandai pakai baju dan kasut sendiri…..adik izzmi dah besar rupanya….tahun depan dah nak sekolah kan, kena belajar basuh bila dah popo ok
Izzmi dah 3 tahun
Cepatnya masa berlalu, pejam celik, pejam celik dah 3 tahun pun izzmi, blog ni pun seiring dengan usia ni..maknanya blog izzmi pun dah 3 tahun lah yer, rasa macam baru semalam izzmi lahir, dengan comelnya, putih gebunya dengan tembamnya…tapi itu dulu, sekarang masih putih lagi cuma tak berapa gebu sebab dah semakin lasak, dah tak tembam sebab tak suka makan…hobinya memanjat sana, memanjat sini, dah hobi terbaru yang buat aku dan hubby penig minat pada ultraman.., asyik2 nak tengok cite ultraman tak boleh tengok kat tv, nak tengok kat youtube, itu belum lagi koleksi permainan ultraman yang dia nak beli setiap kali pergi shopping dari sekecik2 ultraman hingga sebesar2 ultraman semua dia ada, dari semurah2 harga rm2 sampai semahal2 harga rm70 ..adehlah pening kepala aku suami isteri, semua nama ultraman dia hafal, dyna, taro, mebius, gaia, cosmos,,ntah apa mak nenek lagi nama ultraman..
kadang2 aku terpikir…kenapalah anak aku jadi macam ni…bila aku ingat balik, dia mula minat ultraman kat umah tok wan dia.., masa balik kg, kat sana tak ada chanel kartun kat astro, so izzmi tertengok kat channel ceria cite ultraman ni, sejak tue lah dia minat ultraman..sampai jadi masalah besar bagi aku bila pergi shopping complex dia nak beli ultraman, kalau tak beli dia guling2 dan baring kat lantai, berapa kali dah dia kena cubit, lepuk ngan abah dia..tapi tak serik2…
Btw…izzmi celebrate birthday kat restoren Jepun, lepas tue pergi naik kuda kat taman tasik titiwangsa, tak potong kek kali ni..sebab pikir kan seisi rumah dah muak makan kek…
Dua kisah yang mencemaskan
Dah lama tak update blog adik ni, bukan tak ada kisah nak cerita tapi mama ni malas lah dik, dok gila fb sampai blog adik mama pinggirkan he..he..nak tunggu adik update sendiri lambat lagi, baru 3 tahun, kena tunggu 3 atau 4 tahun lagi untuk adik update sendiri. Uihh…dah bersawang giler blog ni nak kena bersihkan dulu, bukan setakat labah2 buat sarang, rimau pun ada…
Untuk permulaan, aku nak cerita dua trajidi yang betul2 mencemaskan kami sekeluarga, dua trajidi ni hampir membuatkan aku kehilangan izzmi buat selama2nya, betul2 mencemaskan dan buat kami sekeluarga panik.
Kish pertama, aku dan suami pergi ke Mines, intention aku nak beli kain kat Tee Wah, aku pun pilih2 kain yang mana berkenan. Izzmi pulak dengan habit dia lah berlari sana sini, bila dah jumpa kain yang berkenan aku pun nak bayarlah, abah izzmi pun nak bayar juga, aku suruh alissa tengok adik, oleh kerana yang nak take care adik tu pun budak bawah umur juga, kanak-kanak ribena ni dengan suka hati bermain nyorok2 di celah2 kain, izzmilah, kakak dia jadi mangsa terpaksa mencari dia..kat balik2 kain tue, aku dan suami yang sedang berada dikaunter nak bayar terkejut, bila alissa bagitau…’abah’ mama’ adik hilang!!! aku bila dengar jer..mulalah rasa panik..macam2 terlintas kat fikiran kena culik lah, masuk paper, macam2 yang tak elok terlintas difikiran yerlah hasil pembacaan suratkhabar kisah2 macam ni mengundang rasa takut. Abah izzmi bergegas tinggalkan kaunter, dia suruh alisaa jaga kat pintu keluar. Aku cepat2 settlekan bayaran kain, menyusul abah dan alissa untuk cari izzmi. Puas panggil izzmi tapi tak dengar suara menyahut pun. Aku dah mula rasa nak nangis penuh debaran di hati.., tup..tupp..dengar suara budak menangis, macam suara izzmi jer, pergi tengok izzmi berada dalam dukungan abah dia. Lega rasanya alhamdulilah…hemmmm..budak bertuah ni rupa nya dia menyorok belakang langsir yang dah siap berjahit dan displayed kat tepi wall tue, yang hairannya orang panggil dia tak menyahut boleh duduk diam belakang langsir tue…itupun nasib baik pekerja kedai bagitau,
‘itu budak ada belakang langsir, saya panggil keluar dia tak mau, dia tau bukan ayah dia’ adikkk!!! adikkk!!! lain kali jangan buat lawak macam ni tak kelakar tau..sakit jantung adalah.
Kisah ke- 2, kisah ni hampir2 meragut nyawa izzmi, aku tak dapat bayangkan kalau ia jadi kenyataan, tak sanggup kehilangan izzmi, tapi ajal maut di tangan tuhan…syukur alhamdulilah tuhan masih panjangkan umur izzmi. Hari tue aku sekeluarga plan nak balik kampung sebelum tue singgah sri bentong ambik alia di asrama, dalam perjalanan alia yang excited jumpa adik terus bagi gula2, izzmi pantang jumpa gula2 terus nak makan, entah macamana tiba2 izzmi terbatuk2 suara tak keluar dia tercekik gula2. Gula2 tue baru jer masuk dalam mulut dah tentu saiz besar, aku yang dah mula cemas, tepuk belakang izzmi, tapi tak lepas juga, abah izzmi yang tengah drive keta cuba tepuk hampir2 hilang kawalan terpaksa stop keta tepi jalan, aku teringat2 cite2 yang ada budak2 mati tercekik biji rambutan dan puting susu. Bila aku tengok gula2 masih tersangkut kat keronkong izzmi aku jadi panik, teringat kata2 abang aku kalau anak2 tercekik apa2 kena buat rawatan sendiri tak payah nak hantar kehospital coz memang tak sempat dalam masa 4 minit jer boleh mati.
Abah izzmi tepuk belakang izzmi sekuat2nya, alhamdulilah lepas juga gula2 masuk ke dalam. Ya allah ya tuhan syukur kerana kau masih memberi peluang pada izzmi untuk hidup didunia ni….izzmi terdiam tak terkata, serik agaknya, kakak2nya terdiam sebab rasa bersalah bagi gula2 kat adik, tapi sebelum ni ok jer tapi dah benda nak jadikan..sekarang izzmi dah serik nak makan gula2, kalau offer pun dia tak nak, ‘nanti lekat kang, mati adik ,kesian mama!!! izzmi cakap macam tue, memang dia dah petah bercakap sekaran ni, dah pandai nyanyi lagu….. abah ada perut, perut abah buncit, jika tidak buncit, bukan perut abah……., he..he…. sebenarnya aku yang ajar lagu tue kat izzmi. jangan marah abah izzmi….muahhh..mmuahh
From kampung with love
Seminggu izzmi dok umah tok wan, pak su nak kawin, mama tinggal kat kampung 10 hari, best lah izzmi dok situ umah tokwan besar, halaman pun luas izzmi boleh lari2 dan main kejar2 dalam umah, izzmi boleh kejar ayam tok kat belakang umah tue, yang paling best izzmi boleh mandi hujan, abah dan mama tak marah pun. Abah kata bagi izzmi lasak sikit lagipun hujan kat kampung bersih izzmi mandi hujan, alhamdulilah tak kena selsema atau demam pun.

Izzmi dengan adam
Last weekend, pergi shah alam, rumah adik ipar aku yang suami isteri tak boleh bercakap, lama dah tak gi sana, kebetulan mertua aku ada disitu pergilah melawat dia orang, sebelum tue singgah pasar malam dulu, tapi hujan
tak leh nak merayau-rayau.
Dah besar pun adam, tapi makin kurus, lasak tue yang buat makin kurus. Apa yang aku kagum, dia pandai melukis, dapat memegang pensel dengan baik, seusia 2 tahun, dia pandai membuat bulatan dengan complete, di keliling bulatan dia buat banyak garisan, seolah2 macam kaki, sekali nampak macam spider, impressed aku pada kebolehan adam ni…perkembangan psikomotor sangat bagus….aku rasa oleh kerana lisan dia agak kurang maklumlah mak dan ayah dia tak bercakap, so semua kebolehan kognitif apa semua tue berkembang pada arah yang lain. Tapi bila aku lukis ikan, bola, bas, lori dia boleh menyebut dengan betul…di tambah dengan bahasa isyarat, dia sebut ‘ikan’ sambil tue tangan dia buat macam ikan berenang….he..he…cerdik budak niii, izzmi pun tak pandai memegang pensel dengan elok lagi, tapi bab bercakap mengalahkan orang tua…pot..pet..pot…pet..
Pertunjukan Udara Sukhoi
Pagi2 lagi my hubby kejut suh bangun, katanya nak ke subang tengok pertunjukkan sukhoi, aku dengan mata yang masih mengantuk, bangun jugak, coz malam tadi aku tido lewat…bukan saja2 tapi mata aku tak mau lena, banyak sangat benda aku pikirkan, dalam dok mengeram atas tilam, masuk sms dari nor (kawan lama) ‘akak kalau tak kemana2, datanglah umah nor hari ni, nor buat makan2 sikit’ hemmm…nor ni suaminya tudm gak…dia pun dok subang, aku malas nak pergi..coz nanti dia perasan gigi aku yang tak lawa ni, ha..ha…inferioty complexs betullah aku ni, kang…ada lagi yang kecik hati aku tak pi open house…husband aku ajak aku kerumah sedara mara dia pun aku tak nak, bukan setakat sedara mara dia..sedara mara aku sendiri pun aku tak nak..lambat lagi nak tunggu cuti deepavali, aku ada appointment dengan dentist,nak baiki gigi aku niii…tensen lah. nak senyum dan nak bercakap pun susah,
ok berbalik pada ajakan suami aku tadi, aku kejut anak2 ..bersiap2 then pergi breakfast dulu, terus menuju ke subang, jauh giler rasanya, keta pun banyak agaknya orang semua pakat2 keluar rumah pi open house. Oleh kerana jalan jem dengan keta yang banyak..sampai kat subang, kita orang nampak bersusun2 kereta kiri kanan, parking tepi jalan jer…hemmm..ni mesti dia orang tengok pertunjukkan dari sini jer, aku suruh husband aku cari parking, kita tengok dari tepi jalan ni jer lah..nampak clear jugak…
kagum…dan impressed aku tengok pilot2 tue mengemudikan sukhoi dengan pertunjukkan yang sangat2 menarik, lama jugak hampir 2 jam…dalam hati aku rasa bangga dengan kebolehan anak2 tempatan, bukan senang nak jadi pilot kan, otak kena genius baca bering, dan segala mak nenek yang berkaitan dengan fizik dan segalanya. aku tanya izzmi adik nak bawak aeroplane tak???? dia kata ‘nakkk???? hemmm tapi mama nak adik jadi ustazlah…dapat doakan mama nanti.

sukhoi- kuat bunyinya, izzmi sampai tutup telinga

deretan kereta yang parking tepi jalan semata2 nak tengok sukhoi macam pestalah pulak

izzmi atas dukungan abah dia dan alissa

izzmi pun rasa kagum...

jurukamera amatur yang snap ni...
Dalam pukul 12.30 pertunjukkan tamat, puas hati dan happy aku walau terpaksa meredah jem untuk pulang, perut pun lapar, oleh kerana norhaidayati 2 kali sms aku..suruh datang umah dia (ada open house) aku pun satu family menuju ke rumahnya….dah siap makan nasi dagang terus balik rumah…rehat dan tido
p/s aku tertanya2 sahabat aku yang sorang tue masih marah dengan aku lagi ke? aku harap dia tak marah2 lagi dah…kalau masih marah aku minta maaf, salah aku jugak.



























komen terkini - thanks